Penyanyi Khai Bahar menafikan dirinya bersikap sombong atau kekwat dengan orang sekeliling sepanjang bergelar penyanyi.
Ketika ditemu bual oleh HLive, Khai diajukan soalan mengenai mungkinkah ada pihak yang kurang selesa dengan dirinya dan menganggap penyanyi itu bersikap berlagak.
"Kalau ada yang cakap macam tu, mungkin dia bohong dan tidak mengenali saya, saya tak pernah berubah dan semakin mesra berbanding dahulu.
"Bermula sebagai seorang yang sangat pemalu, makin lama saya makin mesra dengan orang dan saya banyak belajar untuk bertutur kata, bercakap dan bergaul dengan orang lain.
"Jika ada orang berkata begitu, terima kasih kerana menegur saya. Teguran itu saya ambil untuk perbaiki menjadi lebih bagus lagi," kata Khai.
Tambah pelantun lagu Rahsia Kita ini, penat tidak menjadi alasan untuk dirinya berbuat baik dengan peminat dan orang sekeliling.
"Kalau muka saya masam, mungkin ketika itu saya tak sihat. Penat atau tidak, itu bukan alasan kerana sememangnya kerja saya.
"Hari-hari saya kena bertemu dengan orang jadi penat itu bukan menjadi alasan untuk diri kita sebagai seorang selebriti.
"Kalau saya tak sihat pun, mungkin saya hanya akan tergelak sahaja. Jadi tak timbul dakwaan terbabit," katanya lagi.
Mengakui dirinya banyak belajar untuk memperbaiki diri semenjak melibatkan diri dalam industri hiburan, Khai mahu mengubah dirinya ke arah yang lebih baik.
"Banyak benda yang saya belajar sepanjang industri. Kadang-kadang benda yang salah tu, kita terbuat, sengaja buat, salah diri sendiri.
"Kalau ada apa-apa yang terjadi, kena salahkan diri sendiri. Saya terima teguran dan akan memperbaiki perkara negatif. Kalau bukan kita yang ubah, siapa lagi," katanya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Kamaruddin Razal
Tue Jan 29 2019


Pakai Gaun Tutup Pu*ing Payudara, Doja Cat Kata Sedang Gabungkan Anatomi & Angkasa
Penampilan Doja Cat yang hadir ke majlis Billboard Music Awards 2022 mencuri perhatian apabila penyanyi itu memakai gaun hitam panjang, namun menampilkan bahagian payudaranya kecuali puting.
.jpg?ext=.jpg)
Menarik Isnin: Tangan Wanita Mana MK Pegang? Adira Tayang Datuk Red Di IG, Siapa Pula Dating Drive Thru?
Jom tengok menarik Isnin!

Isteri Puji Handal Masak, Chris Pratt Mahu Sedozen Anak!
Meriah 12 orang anak!

Julia's Secret Recipe Official Trailer
Eh siapa pulak dah Julia ni? Kenapa pulak dia suka sangat tukar tukar kerja ni? Lepas tu kenapa Adam marah Julia tu? Kenapa Bunga’s Secret Garden sampai trending? Ariel tu pulak siapa? Kenapa Ariel cakap Julia fake? Kalau korang nak tahu jawapan untuk semua soalan ni, korang kena saksikan Julia’s Secret Recipe bermula 23 Mei, setiap Isnin. #Gempak #AstroGempak #JuliaSecretRecipe #GempakOriginalSeries

“Saya Tak Rasa Saya Popular In Real Life” - Kim Young Dae Galas Watak Utama Dalam Shooting Stars
Lawak juga cerita ni, lain betul watak Kim Young Dae.

BTS Cipta Sejarah, Pecahkan Rekod 17 Tahun & Jadi Pemenang Terbanyak Billboard Music Awards!
Seperti yang dijangkakan, grup tersohor Korea Selatan, BTS membawa pulang pengiktirafan dalam anugerah berprestij, Billboard Music Awards 2022 (BMA) yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

ISOBAHTOS Tahan Gigil Shooting 3 Hari 3 Malam, Terus Perjuang Warisan Borneo! - "Kawasan Ni Sejuk & Berangin"
ISOBAHTOS muncul dengan single baharu, ARJIIBII (RGB)

Kemalangan & Kematian Isterinya Dirancang? Dharma Bongkar Siapa Dalang Disebaliknya!
Siapa bunuh Natalie?

“Baru Nampak Suami Adira”- Ramai Teruja Bila Datuk Red Muncul Di…
Wah betul lah lama tak nampak Dato' Red

"Kalau Saya Sakit Bahu, Anak Saya Sakit Kanser" - Pesilat Negara Sebak, Netizen Titip Kata-Kata Semangat!
Tetap emas di mata kami!