,
Berita

Kelab Malam Tawar Kalung GRO Cecah RM100,000 Diserbu!

Gempak
29/09/2024
14:50 MYT
Sebuah kelab malam mewah menawarkan kalung tip mencecah RM100,000 kepada gadis pelayan pelanggan (GRO) menerusi penemuan Ops Gegar di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, semalam.
MalaysiaGazette yang mengikut operasi itu mendapati, pelbagai jenis kalungan ditawarkan bermula RM100, RM300, RM500, RM1000, RM5000, RM10,000 hingga RM100,000 yang paling tinggi berserta mahkota.

BERITA TRENDING: Selepas Isu Curang, Individu Dakwa Saixse Kerap Buat Show Di Kelab Malam

Difahamkan, kalungan itu adalah jumlah tip yang diberikan pelanggan kepada wanita GRO dipercayai warga asing yang akan membuat persembahan di atas pentas pusat hiburan tersebut.
Ketika serbuan yang bermula jam 11.45 malam, ratusan wanita dipercayai GRO yang sedang melayan pelanggan dan membuat persembahan cuba melarikan diri sehingga berlaku kekecohan bagi meloloskan diri namun berjaya dipatahkan.
Kebanyakkan mereka cuba menyorok di bawah pentas, meja, almari serta di laluan -laluan sempit malah ada yang sanggup berasak-asak menyorok di dalam sebuah bilik stor kecil yang berkunci hampir satu jam bagi mengelak diberkas.

BERITA TRENDING: Ada Duit Semua Boleh Londeh

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan itu dijalankan susulan aduan awam yang kurang senang dengan aktiviti hiburan sehingga awal pagi yang menganggu masyarakat setempat.
Katanya, seramai 53 pegawai dan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan JIM KL telah melakukan serbuan dengan risikan dijalankan selama dua minggu di pusat hiburan di sini.
Beliau juga memaklumkan, operasi terbabit turut disertai sekumpulan pegawai daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebagai pemerhati sepanjang ia berlansung.
“Semakan ke atas premis ini didapati telah beroperasi selama dua bulan dan terdapat beberapa bahagian sedang dalam ubah usai bagi akan dijadikan sebagai KTV (tempat karaoke).
“Malah kita mendapati mereka menyajikan gadis-gadis dari negara jiran seperti Thailand sebagi tarikan utama serta menawarkan kalungan mengikut harga (tip) dan tidak menolak kemungkinan berlakunya aktiviti seksual mengikut syarat mereka,” katanya ada pemberita.
MGF27092024-OPERASI-IMIGRESEN-11-1024x683 Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam Ops Kutip ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Viva Shopping Mall, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2024. Tambah beliau, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas 350 individu terdiri daripada pengunjung, penyelia, pekerja warga asing dan tempatan yang kesemuanya berusia lingkungan 21 hingga 60 tahun.
“Daripada jumlah itu, warga asing yang ditahan terdiri daripada 114 warga Thailand melibatkan seorang lelaki dan 113 wanita, wanita Vietnam (12), wanita Laos (1), wanita Filipina (1), warga China (7 lelaki, 2 wanita) dan lelaki Bangladesh (27).
“Ini menjadikan keseluruhan jumlah tangkapan adalah seramai 164 orang yang akan ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63. Selain itu turut ditahan lima warga tempatan antaranya majikan, penyelia dan penjaga premis,” jelasnya.

BERITA TRENDING: OMDV Penuh Plot Twist! Zana Kahwin Dengan Orang Yang Punca Dia Jadi GRO

Tambah beliau, kesemua yang ditahan, dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal lebih masa.
“Saya ingin menekankan di sini terutama kepada pelancong asing, ketika negara ini cuba menarik mereka ke sini namun mereka hendaklah mematuhi segala perundangan Imigrese iaitu tidak menyalah gunakan pas visa kerana ia satu kesalahaha serius dalam perundangan negara kita,” tegasnya. MalaysiaGazette
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Nenek 80 Tahun Bersaing Rebut Mahkota Miss Universe Korea

gempak
29/09/2024
13:53 MYT
Lahir kira-kira sedekad sebelum Miss Universe diadakan buat kali pertama pada 1952, Choi Soon-hwa berpotensi mencipta sejarah sebagai peserta paling tua dalam pertandingan itu selepas berjaya menjadi finalis dalam Miss Universe Korea.
Viral

Influencer Dengan 1.5 Juta Followers Ditahan Reman, Buat Aksi Drift

gempak
29/09/2024
08:25 MYT
Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap seorang pempengaruh TikTok yang juga usahawan muda terkenal di Pulau Pinang bagi membantu siasatan Ops Khas Samseng Jalanan.
Viral

Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun

gempak
28/09/2024
16:00 MYT
Seorang kanak-kanak mencatat sejarah apabila menjadi pelajar termuda pernah mendaftar masuk ke Universiti Malaya sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Hiburan

Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"

gempak
27/09/2024
12:55 MYT
Penyanyi rock lagenda tanah air, Datuk Awie baru-baru ini berkongsi kisah lucu berkaitan dirinya yang disifatkan sebagai seorang yang 'lembut' semasa zaman sekolah.
Viral

“Takut Tapi Kena Kuat…” – Siti Jamumall Harus Jalani Prosedur Cuci Kandungan, Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga Disebabkan Molar Pregnancy

gempak
27/09/2024
09:55 MYT
Baru sahaja tiga minggu disahkan hamil, personaliti media sosial Siti Jamumall diuji  apabila dirinya terpaksa menggugurkan kandungannya.
BorakSeeni