Laman Utama

Ada Duit Semua Boleh Londeh

gempak
Gempak
15/10/2023
09:12 MYT
Sponsor Banner
Ada Duit Semua Boleh Londeh
Menari di atas pentas dan akan menanggalkan pakaian sekiranya diberikan wang oleh pelanggan.
Demikian modus operandi empat pusat hiburan yang menjadi tarikan warga asing sebelum digempur Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Tidak berhenti disitu, pusat hiburan tersebut turut dikesan menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) terdiri daripada warga Bangladesh, Pakistan, India dan Nepal.
Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, fokus operasi adalah pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang dengan berpandu kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI).
Beliau berkata, pihaknya memeriksa 113 individu termasuk 34 wanita tarian pentas daripada Bangladesh, Pakistan, India, Nepal dan warga tempatan berusia 20 tahun hingga 45 tahun.
“Siasatan mendapati semua premis terbabit dimiliki warga asing dan menjadi tumpuan pelanggan membabitkan warga asing daripada India, Pakistan, Bangladesh dan Nepal, selain warga tempatan.
“Pusat hiburan yang diserbu menyediakan GRO yang akan menari di hadapan pentas dan akan menanggalkan pakaian sekiranya diberikan wang komisen oleh pelanggan,” katanya.
Jelas Fadil, operasi yang bermula pada pukul 2 pagi dan berakhir pada pukul 5 pagi itu berjaya menahan 37 individu.
Katanya, kesemua pusat hiburan tersebut telah menjalankan operasi selama 3 bulan hingga 12 bulan dan dibuka setiap hari bermula pukul 7 malam sehingga pukul 7 pagi.
“Semua wanita pentas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
“Individu yang ditahan pula terdiri daripada pekerja dan pelanggan di siasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 12 (1)(F) Akta passport,”katanya.
Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live