"Kelasnya Che Ta! Kat Hospital Pun Ada Photographer..." - Peminat Terus Doakan Kesembuhan Aaisyah Dhia Rana

Kamaruddin Razal
Oktober 24, 2018 07:50 MYT
Laman Instagram milik selebriti cantik Rozita Che Wan atau Che Ta terus menjadi perhatian netizen yang mahu mengikuti perkembangan kesihatan anaknya, Aaisyah Dhia Rana.
Aaisyah yang bakal menyambut hari lahir keempat masih ditahan di sebuah hospital di Damansara akibat demam.
Che Ta berkongsi foto keadaan Aaisyah di hospital yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya serta akaun Instagram Aaisyah.
Di ruangan komen, peminat terus mendoakan agar Aaisyah diberikan kesembuhan dan segera sihat seperti biasa.
Malah, ada juga netizen yang meninggalkan komen memuji Che Ta yang tetap mengemaskini laman Instagram miliknya menggunakan foto yang diambil oleh jurugambar biarpun kini mereka sedang berada di hospital.
Che Ta bernikah dengan pelakon Zain Saidin pada 11 Disember 2013 dan mereka menerima kehadiran Aaisyah yang dilahirkan pada 1 November 2014.
#pelakon #Aaisyah Dhia Rana #Che Ta #Pelakon