Hiburan

“Kita Tak Boleh Mengharapkan Semata-Mata Bahagia & Tidak Boleh Menolak Kecewa” - Alif Teega

gempak
Umirah Halim
03/09/2024
06:25 MYT
Sponsor Banner
“Kita Tak Boleh Mengharapkan Semata-Mata Bahagia & Tidak Boleh Menolak Kecewa” - Alif Teega
Selepas kontroversi mengenai isu seleweng derma dan kes isteri fail penceraian, setiap hantaran yang dibuat pempengaruh Alif Teega pasti meraih perhatian wargamaya.

Topik keikhlasan

Terbaharu menerusi hantaran di Instagram, Alif dilihat memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya sedang berbicara mengenai topik ikhlas.
Menerusi video pendek tersebut, Alif berkata, setiap manusia tidak boleh mengharapkan kebahagiaan semata-mata. Pada masa yang sama, perasaan kecewa dan luluh dalam hati juga tidak boleh ditolak.

“Kita perlu terima setiap rasa yang kita lalui dalam hidup kita. Kita tak boleh mengharapkan semata-mata bahagia. Kita juga tidak boleh menolak kecewa, luluh dalam hati kita.

“Kerana itulah fitrahnya. Tapi seandainya kita mengikhlaskan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti dan pasti kita akan tenang,” katanya.
Ujar Alif lagi, mengikhlaskan setiap apa yang berlaku dalam hidup pasti memperoleh hasil yang indah iaitu tenang.
Terdahulu, isteri Alif iaitu Aisyah Hijanah Azhari memfailkan tuntutan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.
Walau bagaimanapun, pempengaruh berusia 26 tahun itu enggan berkongsi lebih lanjut mengenai sebab utama dirinya memfailkan cerai.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Alif Teega

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fitri Haris Dikecam Selepas Kongsi Gambar Dengan Alif Teega & Aisyah Hijanah, Hilang 2,000 Pengikut Di IG - “Ada Yang Tuduh Saya Dapat Duit…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tak Percaya Novel Aisyah Hijanah & Aliff Teega Terjual 15,000 Naskah - “Cringe! Lepas Tu Banyak Macam Lirik Lagu, Baik Lagi Baca Mastika”

Ibu kepada tiga orang anak ini turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusan rumah tangganya dipermudahkan.
Dari bulan lepas sebenarnya (Ogos fail cerai), doakan saya sebab ujian saya sangat berat.
Ditanya tentang keputusan mahu bercerai, Aisyah enggan berkongsi lanjut kerana perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan.
Sekadar info, Aisyah dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Imbas kembali, Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung pada 18 November tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024