Selebriti versatil, Kelly Azman meluahkan rasa bengang nya apabila seorang rakan artis tergamak memplagiat karya lagu agungnya yang bertajuk No No No.

Malah, katanya pihak tersebut hanya menukar tajuk, dan beberapa baris lirik sahaja ditukar sementara melodi lagu diubah sedikit menjadi rock.

“Ada orang DM (direct message) saya bagitahu pasal ada satu lagu ni macam lagu saya lepastu saya husnudzon sahaja mungkin dia nak cover.

“Lepastu bila saya check balik kat Instagram artis ni dia post cakap ada single terbaharu yang bertajuk Oh No Sayang.

“Ingatkan lagu baharu, rupanya bila kita dengar sebiji sama dengan lagu saya, jadi tak boleh lah.

“Lagu tu saya buat dah lama, compose sendiri, karang sendiri tiba-tiba kau nak claim single terbaharu kau,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu, Kelly turut berasa terkilan kerana individu tersebut merupakan rakan artisnya yang kerap juga berurusan untuk bekerja.

“Kami selalu juga berjumpa untuk buat show, tapi kenapa nak ambil cara begini bukan nya kami tidak kenal.

“Saya geram lah sebab itu karya saya orang ambil, sebab lagu ni kita keluar duit bukan sedikit banyak tau saya keluarkan duit hampir RM10,000.

Berita Trending: Ini Sebab Kenapa Video-Video Dengan Lagu Siti Nurhaliza, DOLLA Atau Ernie Zakri…

“Tolong hormati karya orang, hormati titik peluh orang. Jangan mudah ambil hasil kerja orang begitu sahaja,” tegasnya lagi.

Bagaimanapun, Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 47 mengatakan bahawa pihaknya sudah mencuba untuk menghubungi individu tersebut namun setakat ini masih tiada respons.

Bercakap mengenai tindakan selanjutnya, Kelly memilih untuk tidak membesarkan isu ini ke pihak berkuasa dan hanya berharap agar pihak yang menciplak karyanya tampil untuk berbincang bagi menyelesaikan kes.

Sekadar info, lagu No No No dikeluarkan oleh Kelly pada tahun 2016.