Viral
"Keluar Juga Dari Persembunyian" - Kontroversi Video Lucah Reda, Zul Ariffin Kembali Ber-Instagram!
Pelakon Zul Ariffin kembali mengaktifkan semula akaun media sosial Instagramnya hari ini selepas kontroversi video lucah miripnya bulan lepas.
Menerusi posting terbaharu yang dimuat naik tengah hari Khamis, Zul bertanyakan khabar peminatnya serentak dengan kedatangan tahun baru 2020.
"Sudah 2020? Hi guys," tulisnya ringkas bersama sekeping foto penggambaran filem terbaharunya Talbis Iblis.
Kemunculan semula Zul itu disambut baik oleh peminatnya yang turut melayangkan ucapan tahun baru kepada aktor bertubuh sasa itu.
"Hi bos, selamat kembali selepas sekian waktu. Kami merinduimu," tulis salah seorang pengguna.
"Hai hai hai. Bang Zul. Alhamdulillah keluar juga dari persembunyian," tulis @yuni5314.
"Finally comeback," tambah @nad_mohdnoor.
Zul telah menyahaktifkan akaun Instagramnya selepas tular sepotong video panas miripnya di Twitter sekitar 11 Disember lalu.
Namun, Zul pernah menjelaskan video terbabit telah melalui proses suntingan deepfake oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Must-Watch Video