Viral
Keluarga 6 Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Penjara Narathiwat Rancang Lantik Peguam
Keluarga enam rakyat Malaysia yang ditahan atas dakwaan memiliki dadah di sebuah hotel di Golok, Thailand Jumaat lalu sedang mempertimbangkan untuk melantik peguam bagi membantu mereka dalam kes itu.
BERITA TRENDING: Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin 6 Warga Malaysia Disyaki Miliki Dadah
Bagaimanapun mereka mungkin berdepan kesukaran untuk mendapatkan peguam yang boleh berbahasa Melayu.Seorang wakil keluarga yang enggan dikenali berkata, sekiranya mereka melantik peguam Thailand, ia akan menjadi masalah kepada mereka kerana perlu mencari jurubahasa.
"Kami bercadang mendapatkan khidmat peguam. Sejak kes itu tular, ramai peguam dari Thailand menawarkan perkhidmatan mereka kepada kami.
"Tetapi kami masih belum membuat keputusan kerana kami perlu membincangkan perkara ini dalam kalangan ahli keluarga supaya kami memilih peguam yang betul.
"Kami juga tidak mahu membuang masa dengan memilih peguam tidak boleh berbahasa Melayu dan Inggeris," katanya.
BERITA TRENDING: Enam Rakyat Malaysia Termasuk Artis Miliki Pil Kuda Dihantar Ke Penjara Narathiwat
Boleh melawat
Beberapa ahli keluarga termasuk penyanyi dikir barat moden itu sudah pulang ke Kelantan baru-baru ini."Kami dimaklumkan hanya boleh melawat semua mereka di Penjara Narathiwat selepas 10 hari," katanya.
Semalam media melaporkan, Mahkamah Narathiwat menolak permohonan ikat jamin bagi semua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman kerana disyaki memiliki dadah.
Jurucakap polis Thailand berkata, di bawah undang-undang dadah Thailand, sesiapa yang ditangkap dengan lebih daripada 200 pil Yaba, tidak boleh dibebaskan dengan ikat jamin semasa siasatan sedang dijalankan.
Jurucakap polis berkata, mahkamah Narathiwat kelmarin membenarkan polis menahan enam rakyat Malaysia berkenaan hingga 84 hari.
Sumber: Berita Harian
Must-Watch Video