Hiburan
“Keluarga Saya Selalu Dipulaukan, Ada Sahaja Yang Dengki” – Syida Melvin Kongsi Kisah Perit Keluarga
Pelakon Syida Melvin buat pertama kalinya berkongsi kisah pahit getir mengenai keluarganya.
Menurut Syida, ada sahaja pihak yang tidak berpuas hati dan memperlekahkan keluarganya yang berusaha untuk menyara kehidupan mereka suatu ketika dahulu.
“Keluarga saya selalu dipulaukan dan ada sahaja orang nak dengki dengan kelebihan atau kekurangan keluarga kami.
“Begitu juga perniagaan. Dalam perniagaan ini bukannya senang, kadang-kadang ada sahaja halangan dan ada juga orang yang dengki dengan perniagaan saya sekeluarga.
“Saya ingat pesanan ayah, jangan percaya sesiapa di dunia ini kecuali keluarga sendiri. Jadi apa yang kami boleh lakukan, kami hanya pekakkan telinga, buat tak tahu sahaja apa orang nak cakap. Yang penting kita fokus apa benda kita nak buat dalam hidup kita sendiri,” katanya.
Ikuti perjalanan Syida Melvin tentang bagaimana dia menjadi ahli perniagaan yang berjaya pada usia 22 dengan bantuan ibu bapanya dan adik-beradiknya.
Saksikan Syida berkongsi mengenai kisah suka duka kehidupannya dalam episod penuh program terbaru berjudul Curhat menerusi platform digital Gempak di Facebook Gempak, Instagram dan YouTube pada 17 Oktober (hari ini).
Curhat merupakan kisah inspirasi selebriti mengenai kehidupan mereka, kecekalan, ketabahan dan usaha yang dilakukan mereka sehingga mampu berada ditahap sekarang.
Curhat juga boleh ditonton di www.gempak.com/curhat.