Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Keluarga Tak Mahu Tunai Wasiat Mendiang Alain Delon Dikebumi Bersama Anjing Hidup

Maliah Surip
22/08/2024 15:50 MYT
Aktor ikonik Perancis, Alain Delon meninggal dunia pada usia 88 tahun minggu lalu.

Bintang yang cukup terkenal dengan filem The Leopard dan Our Story bagaimanapun mempunyai satu permintaan atau wasiat yang telah menimbulkan kontroversi.

Delon mahu dikebumikan bersama salah seekor haiwan peliharaan yang merupakan anjing kesayangannya bernama Loubo.

Seperti anak

Loubo disifatkan Delon sebagai anaknya berbanding 50 ekor anjing peliharaan yang lain.

“Saya ada 50 ekor anjing peliharaan tapi saya punya hubungan yang istimewa dengan Loubo.


“Jika saya meninggal dunia sebelum Loubo saya mahu doktor haiwan ‘mematikannya’ dan dikebumi bersama. Saya mahu dia tidur di tangan saya,” katanya dalam temu bual bersama majalah pada tahun 2018.

Keluarga mendiang bagaimanapun enggan menunaikan wasiat Delon untuk dikebumikan bersama Loubo yang masih hidup, lapor CNN.

Organisasi bebas berkaitan haiwan di Perancis, Brigitte Bardot Foundation juga mengesahkan keluarga Delon tidak mahu melunaskan permintaannya menerusi cuitan di X.

“Anjing itu punya keluarga dan kediaman untuknya hidup,” cuit organisasi itu.

Loubo juga didakwa akan kekal tinggal di kediaman Delon.

BERITA TRENDING: Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

BERITA TRENDING: Ahli Zoologi Terkenal Rogol, Dera & Bunuh 60 Anjing: “Saya Tidak Mahu Berhenti Lakukannya”

BERITA TRENDING: Ambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing, Ini Hukumnya Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idrus

BERITA TRENDING: Rossa Sudah Siapkan Surat Wasiat Kematian: “Supaya Keluarga Yang Masih Hidup…”

#Penyanyi #Viral #Perancis #Anjing #Keluarga #Kebumi #Alain Delon