Hiburan

"Kemain Kau Komen Hina Aku Dengan Bella Astillah, Kat Sini Pengecut Pula” - Puteri Sarah Liyana

gempak
Mya Amri
15/04/2024
02:56 MYT
Sponsor Banner
"Kemain Kau Komen Hina Aku Dengan Bella Astillah, Kat Sini Pengecut Pula” - Puteri Sarah Liyana
Pelakon, Puteri Sarah Liyana berang dengan sikap seorang individu yang kerap mengutuk dirinya dengan mengeluarkan kata-kata kurang sopan.
Tidak hanya nama Puteri Sarah, malah individu yang menggunakan nama id sebagai @afiqazni itu juga turut memberikan komen berbaur hinaan terhadap sahabat baiknya iaitu penyanyi Bella Astillah.
“Ni lah nama IG dia - smafiq. Kemain kau komen hina aku dengan @BellaAstillah. Kat sini pengecut pulak. Actually banyak je jantan sakit mental penuh kat komen IG tu. Tapi yang ni do not know how to stop. @afiqazni kenapa block aku?” dedah Puteri Sarah di platform X miliknya.

Ramai sokong Puteri Sarah, minta lapor pada MCMC

Melihat kepada teguran itu, ramai yang memberikan cadangan supaya Puteri Sarah mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Buat report PS @McmcReact pasal mamat mental ni dekat aduan.mcmc.gov.my cepat je @MCMC_RASMI bertindak,” tulis seorang netizen.
Dalam pada itu, berdasarkan pemerhatian di platform X, difahamkan ramai yang tidak berpuas hati dengan kelakuan lelaki tersebut kerana sering meninggalkan komen berbentuk hinaan dan mencari masalah dengan orang lain.
“Mamat ni memang ada history cari gaduh dengan semua orang eh? Ada KPI yang nak dikejar gamaknya,” tulis seorang netizen
“Jantan ni memang mulut celaka. Cari dia sampai dapat. Aku memang dendan eh dengan mamat ni,” tulis sorang lagi netizen.

BERITA TREDING: Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

BERITA TRENDING: “Bella Pandai Sembunyikan Masalah, Nampak Dia Gembira Tapi Makin Kurus" - Puteri Sarah

BERITA TRENDING: “Tak Baik Kita Judge Dia, Beri Ruang” - Puteri Sarah Mohon Doa Yang Baik Baik Untuk Bella

Terdahulu, Puteri Sarah tidak dapat menahan rasa geram apabila individu tersebut meninggalkan komen berbentuk hinaan secara melampau.
Selepas Puteri Sarah mendedahkan sikapnya kepada umum, lelaki berkenaan kemudiaannya telah menyekat (block) pelakon itu di media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live