Hiburan
Kemalangan Selepas Hantar Pulut Kuning, Sheila Mambo Harap Netizen Tak Sebar Berita Palsu
Pelakon Sheila Mambo terkejut apabila berita kemalangan kecilnya beberapa hari lalu tular di media sosial.
Kata Sheila, dia dihubungi keluarganya sejurus membaca berita yang ditulis di beberapa buah blog tempatan.
"Terkejut berita ini sampai tular, pagi-pagi hari keluarga saya menghubungi saya dan ada yang sampai depan rumah untuk mengetahui kesahihan berita.
"Saya sihat. Cuma sedikit sahaja kemalangan dan yang rosak hanya di cermin sisi kereta saya.
"Walau apapun, saya maafkan kekhilafan mereka yang sebarkan berita ini," tulisnya di Instagram.
Sheila berdepan detik cemas apabila cermin sisi kanan kereta yang dipandunya dilanggar oleh sebuah kereta lain yang memasuki laluannya.
Kejadian yang berlaku di Bangsar, Kuala Lumpur itu dipercayai terjadi selepas dia menghantar pesanan pulut kuning di sebuah masjid.
Namun, Sheila menjelaskan dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan individu yang melanggar kenderaannya sudah menguruskan kerosakan yang berlaku.
Pelakon itu turut berkongsi kisah menariknya dengan jejaka berbangsa Cina yang terbabit dalam kemalangan kecil itu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @sheilahassan