Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kembali Solo, Netizen Rancak Cuba Nasib Pikat Nora Danish

Umirah Halim
30/06/2024 02:55 MYT
Selepas kembali menjadi ‘solo’, pelakon cantik Nora Danish sering menjadi sorotan netizen di media sosial.

Netizen cuba nasib

Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun TikTok nya, dapat dilihat ramai individu yang mencuba nasib dengan memperkenalkan diri mereka di ruangan komen.

Antara komen yang diterima:

"Shamil, 22, boleh mop laut.

“Harraz,20, pandai tangkap lalat.

“Jak, 23, tidur tutup mata.

“Ameer, 27, ada rambut tak botak,” komen beberapa netizen.

BERITA TRENDING: Pilih Untuk Tutup Komen, Imej Nora Danish Berhijab Tarik Perhatian Netizen

BERITA TRENDING: Boss Ned Masuk ICU, Nora Danish Beri Kata-Kata Semangat

Susulan itu, komen memperkenalkan diri ini berjaya menghiburkan netizen lain.

Sebelum ini, ibu kepada dua orang anak tersebut turut menarik perhatian orang ramai apabila memuatnaik foto memakai hijab di laman Instagramnya.

Untuk rekod, Nora dan bekas suaminya iaitu Nedim Nazri sudah bercerai pada 19 Jun lalu.

Menerusi laporan terdahulu, Nora berkata dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.

Malah Nora turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia memilih untuk bercerai dengan bekas suami disebabkan faktor kewangan.

BERITA TRENDING: Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Jadi Punca Cerai - “Untuk Capai Tahap Keredaan & Datang Bersama Ke Mahkamah Bukanlah Mudah”

BERITA TRENDING:7 Tahun Bersama, Nora Danish Sah Bercerai Dengan Nedim Nazri - “Harap Tiada Teori Tentang Perpisahan Kami”

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.

Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

#Nora Danish #Netizen #Nora #Nasib #cuba #danish #pikat
;