Hiburan

Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Jadi Punca Cerai - “Untuk Capai Tahap Keredaan & Datang Bersama Ke Mahkamah Bukanlah Mudah”

gempak
Asyikin Mayudin
19/06/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Jadi Punca Cerai - “Untuk Capai Tahap Keredaan & Datang Bersama Ke Mahkamah Bukanlah Mudah”
"Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan,” itulah jawapan yang diberikan oleh pelakon Nora Danish mengenai perceraiannya dengan bekas suami, Nedim Nazri.

Enggan Ulas Lebih Lanjut

Bagaimanapun, pelakon berusia 42 tahun ini memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai punca perpisahan mereka kerana mementingkan keharmonian.

ARTIKEL BERKAITAN: 7 Tahun Bersama, Nora Danish Sah Bercerai Dengan Nedim Nazri - “Harap Tiada Teori Tentang Perpisahan Kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak

Nora memberitahu dia dan bekas suami sudah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina sejak tujuh tahun lalu.

"Kami sudah duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, tapi tak berhasil," katanya menerusi video temu bual yang dikongsikan di Instagram ABPBH.

Dalam pada itu, Nora turut berkata anak-anak mereka juga sudah mengetahui mengenai perceraian mereka malah, sempat dilihat menyambut Hari Bapa bersama baru-baru ini.

Anak-Anak Sedia Maklum

"Kami hanya merancang, namun Allah menentukan segala-galanya. Anak-anaknya juga sedia maklum mengenai perpisahan, tetapi hubungan bersama anak tiri tetap baik,” ujarnya.
Sementara itu, Nora menganggap pengalaman sebelum ini sudah mematangkan selain reda dengan takdir yang sudah tertulis untuk mereka.

Pengalaman Mematangkan

"Kami memang baik, setiap manusia lalui ujian berbeza-beza. Tapi untuk capai tahap keredaan dan datang bersama ke mahkamah pada hari ini bukanlah mudah.
"Bagaimanapun, pengalaman sebelum ini mematangkan kami," katanya lagi.
Nora dan Nedim sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 8.40 malam, Rabu.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat Mesra Fasha Sandha Dengan Nora Danish, Netizen Pula Lebih Tertarik Dengan Komen Jejai

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Takkan Makan Lemang Selain Hari Raya" - Nora Danish

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha & Nora Danish Berbaik Tanpa Paksaan Sesiapa - “Ia Berlaku Secara Natural”
ARTIKEL BERKAITAN: Apa Sebab Nora Danish Pasang Bodyguard?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live