Konsert daripada band pop popular 2000-an, Letto yang bertempat di Zepp Kuala Lumpur berlangsung dengan meriah malam tadi.

Setelah hampir 10 tahun tidak mengadakan persembahan di Malaysia ianya dapat melepaskan ruang rindu buat semua peminat- peminat yang ingin melihat kumpulan Letto untuk beraksi disini.

Jadi, jom kami kongsikan recap untuk konsert semalam.

#1 Membawakan Lagu dari Kumpulan Lagenda Tanah Air

Tidak hanya mempersembahkan lagu-lagu hits mereka, Letto turut menyayikan lagu daripada band tanah air kita seperti Suci Dalam Debu dan Isabella yang dipopularkan oleh kumpulan Iklim dan Search.

#2 Gandingan Bersama Dalia Farhana

Konsert ini turut menampilkan gandingan bersama penyanyi, Dalia Farhana yang mempersembahkan lagu single popularnya, Masih Di Bawah Langit untuk Opening Act.

Tidak terhenti disitu, Dalia Fahana turut serta berduet dengan kumpulan ini dengan membawakan salah satu lagu hits mereka iaitu Senyumanmu.

#3 Konsep Gamelan Jawa Sebagai Kelainan


Konsert kali ini juga menampilkan iringan pemuzik kumpulan gamelan khas yang dibawa dari Yogyakarta, Indonesia.

Berita Trending: Naqiu Bakal Buat Persembahan Di Acara After Hours With Hetty Koes Endang - “Teruja Satu Pentas Dengan Bunda”


Dalam pada itu, selaku vokalis Letto, Noe turut meluahkan rasa syukur nya kerana berpuas hati konsert mereka mendapat sambutan yang baik daripada peminat sehingga tiket habis dijual.

“Alhamdulillah tidak seperti yang kita jangkakan saya rasa sangat menyenangkan untuk membuat persembahan di sini.

“Ia juga merupakan pengalaman yang baru untuk kami kerana terasa sangat berbeza apabila membuat konsert di sini.

“Terasa lebih memuaskan berbanding di Indonesia kerana dari segi peralatan dan tempat untuk beraksi, jadi kami rasa kebih berpuas hati,” ujarnya ketika ditemui Gempak selepas konsert semalam.

Sekadar info, pihak penganjur untuk konsert ini, Qew Communications juga bakal membawakan kumpulan k-pop ‘legend’ FTIsland pada Februari ini.