Kembang Tekak Jumpa Ulat Dalam Mi Segera Popular, Netizen Kecewa - "Aduh, Dahlah Favourite Ramen Ni..."
Umirah Halim
24/02/2024 07:00 MYT
24/02/2024 07:00 MYT
Sebuah hantaran seorang individu yang memaparkan foto beberapa ekor ulat yang didakwa dijumpai di dalam hidangan mi segera yang dijamahnya menarik perhatian netizen.
Menerusi beberapa foto yang dikongsi di aplikasi TikTok itu, individu ini dilihat sempat mengasingkan ulat yang dijumpai tersebut di tisu.
Bukan itu sahaja, individu ini turut mendedahkan jenama dan alamat kilang pengeluaran mi segera hasil buatan Malaysia itu.
"Hm sedapnya makan ramen malam malam sambil layan k-drama," sindir individu itu menerusi ruangan kapsyen nya.
Berita Trending: Netizen Kritik Insiden Individu Pukul Pemandu Kemalangan Sampai Mati - “Ingat Kat Israel Tadi……
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen kecewa dan terkejut selepas melihat perkongsiannya itu kerana mi segera ini merupakan dalam kalangan netizen.
"Aduh dah lah favourite ramen ni.
"Alamak, aku baru je beli 1 pack besar ramen ni.
"Baru makan semalam sedap hm.
"Baru ingat nak beli and try ramen ni.
"Wow bestnyee ade tambahan protein dalam ramen," komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 2 juta tontonan di aplikasi TikTok.