Viral

Netizen Kritik Insiden Individu Pukul Pemandu Kemalangan Sampai Mati - “Ingat Kat Israel Tadi… Kajang Rupanya"

gempak
Izwan Isa
21/02/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Kritik Insiden Individu Pukul Pemandu Kemalangan Sampai Mati - “Ingat Kat Israel Tadi… Kajang Rupanya"
Insiden seorang pemandu yang ditarik keluar dan dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan individu sehingga meninggal dunia pada malam Selasa menuai kritikan netizen.
Menerusi hantaran-hantaran yang dibuat di platform X, ramai dalam kalangan wargamaya menyelar tindakan tidak masuk akal tersebut, sehingga ada yang melabelkan mereka sebagai ‘zionis’.
“Orang melayu kita ni kalau tengah marah sampai belasah orang, memang sampai lupa agama kejap.. ke memang tak ada agama? Entahlah.”
“Wei mental ke sampai nak buat macam ni, kalau dia salah sekalipun kau takda hak nak pukul dia sampai mati, merangkak la kau minta maaf kat dia nanti. Hidup la dengan rasa bersalah, elok-elok la tengok muka penjenayah ni takut ada yang terkahwin nanti.”
“Ingat kat Israel tadi. Kajang rupanya.”
“Disebabkan spesis macam ni la bila ada orang langgar or buat salah besar mereka akan lari. Bagi mereka baik lari daripada kena pukul sampai mati oleh orang awam yg bodoh. Patutnya kalau nak bawa keluar pun just tahan macam tu je la sampai polis sampai bukannya kau pukul sampai mati bodoh.”
Terdahulu, Astro Awani melaporkan sebuah kereta Proton Saga terbabas setelah melanggar pagar kawasan perumahan di Taman Pelangi Semenyih, Kajang, Selangor.

BERITA TRENDING: Belasah Warga Emas Sampai Muka Bengkak & Patah Tulang Pipi, Pembuli Jalan Raya Direman 4 Hari

Selepas kejadian itu, pemandu kenderaan berkenaan ditarik keluar oleh sekumpulan individu, tangannya diikat dan dibiarkan terbaring ditepi jalan sebelum beredar.
Bertindak atas maklumat itu, polis menahan lima lelaki tempatan berusia 22 hingga 52 tahun dalam beberapa serbuan di sekitar Semenyih dan Beranang, di sini, kira-kira jam 2.05 pagi Rabu. Kesemua mereka ditahan reman lima hari hingga Ahad ini.
Menurut Mohd Zaid, kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA TRENDING: Anak Ahli Politik Belasah & Rakam Teman Wanita Yang Dilanggar Sampai Mati

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superitendan Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Selangor, Inspektor Ammar Tahir dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di talian 018-2194013 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live