Sekeping gambar bogel mirip wajah pelakon Aeril Zafrel telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Gambar yang menunjukkan keseluruhan tubuh seorang lelaki termasuk alat kemaluannya itu mendapat perhatian ramai.

Namun Aeril sendiri telah tampil menafikan sekeras kerasnya bahawa individu di dalam foto tersebut bukan dia.

Terbaharu, seorang lelaki berwajah mirip suami kepada Wawa Zainal itu tampil memberitahu dia turut terkena tempias gambar tersebut.

Dikenali sebagai Fattah Abdul, individu itu memberitahu perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

“Aeril Zafrel, I kena tempias gambar bogel tu. Damn,” tulisnya

Wajah lelaki yang difahamkan seorang pereka fesyen itu dikatakan hampir serupa dengan Aeril, malah penampilan berjambang juga sama.

Bagaimanapun, entri tersebut sudah dipadamkannya.

Berikut merupakan foto lelaki tersebut: