Kembar siam wanita Abby dan Brittany Hensel yang sebelum ini mencuri perhatian dunia kerana kepala mereka yang bercantum menjadi buah mulut selepas menjadi tajuk berita kerana sudah berkahwin.

Ironi, Abby dan Brittany sudah berkahwin pada November 2021 dengan seorang pesara tentera, Josh Bowling. Meski menjalankan majlis perkahwinan secara tertutup, mereka tidak pernah menyembunyikan khabar gembira itu.

Mereka malah berkongsi foto perkahwinan serta rakaman video tarian sempena resepsi di platform media sosial termasuk Tik Tok dan Facebook.

BERITA TRENDING: “Jangan Keliru, Yang Belum Kahwin Itu Abang Bukan Saya” - Firdaus Rahmat

Berkongsi suami

Namun hanya sekarang baru kisah perkahwinan mereka menjadi tular kerana ramai yang ingin mengetahui tentang kehidupan kembar siam tersebut apabila berkongsi seorang suami.

Abby dan Brittany yang kini berusia 34 tahun merupakan kembar siam dengan mempunyai dua kepala sementara berkongsi organ yang sama dalam satu badan.

Secara teknikal, Bowling sebenarnya berkahwin dengan Abby, lapor New York Daily News.

Perkahwinan bersama Bowling sejak dua tahun lalu itu menjadikan Abby dan Brittany sebagai ibu tiri kepada seorang anak perempuan berusia lapan tahun, Isabella Rose.

Kehidupan mereka sebelum ini pernah dirakamkan dalam sebuah program di saluran TLC selepas menjadi popular setelah muncul dalam program milik Oprah pada tahun 1996.

Menerusi salah satu temu bual sewaktu berusia 16 tahun, Abby dan Brittany melahirkan hasrat untuk berkahwin sekaligus memiliki anak.

PILIHAN PEMBACA: #GMWA23: Nampak Sama Tapi Ini Rupanya Cara Nak Bezakan Kembar Genius Amin Dan Abid