Penyanyi, Firdaus Rahmat ingin menjelaskan salah faham yang mungkin dialami oleh orang ramai mengenai status dirinya dan juga kembarnya.

Menurut Firdaus, yang belum berkahwin adalah abangnya iaitu Fahimi Rahmat sementara dia pula sudah berkahwin sejak empat tahun lalu.

“Saya ingin memaklumkan saya sudah berkahwin sebab ada yang masih tidak tahu tentang status saya.

“Lagi satu sebab ada yang keliru dengan abang saya, Fahimi Rahmat. Ramai juga tinggalkan komen di media sosial bertanyakan tentang hal itu.

“Saya dah berkahwin, usia perkahwinan kami pun sudah empat tahun dan mempunyai seorang anak iaitu Habeeb yang kini berusia 10 bulan,” katanya kepada Gempak.

A post shared by Firdaus Rahmat (@_firdausrahmat)


Jelas Firdaus lagi, dia jarang berkongsi kisah kehidupan peribadinya kerana lebih selesa untuk menjaga privasi mereka sekeluarga.

“Sebenarnya saya tidak terlalu mendedahkan kehidupan peribadi dan lebih suka simpan privasi. Ada sahaja saya muat naik foto di media sosial tetapi tidak selalu.

“Jadi bila sudah menimbulkan persoalan, lebih baik saya terus jelaskan. Jangan keliru… Yang belum berkahwin itu abang, bukan saya.

“Fahimi pula kini tular dengan lagu Angau, jadi ramai yang ingat saya itu dia. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan saya rasa sudah tiba masanya untuk orang tahu.

“Lagi pun risau sebab sekarang ni macam macam isu berlaku, khuatir berlaku fitnah. Saya tak sorok status cuma lebih selesa menjaga privasi,” jelasnya.

Untuk info, Firdaus merupakan antara bakat besar yang namanya sinonim sebagai komposer dan penulis lirik lagu-lagu popular antaranya Test Drive iaitu runut bunyi bagi drama premium terbitan Astro Original Projek: High Council, Boneka, Aura dan The Best nyanyian Ernie Zakri.

Firdaus juga merupakan Top 5 calan juara bagi kategori Lagu/Audio Tergempak 2023 Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA2023).

Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari.

Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.

Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023.

Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.

Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’.

Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.

Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand.

Acara yang bakal dikendalikan oleh Zizan Razak, Sherry Alhadad, Amelia Henderson dan Sean Lee ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+.

Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K, dengan kehadiran artis-artis ternama dan personaliti media sosial.

Acara berprestij GMWA 2023 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva dari Nusantara.

Acara kemuncak GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.

Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.

Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.