Laman Utama

Kemelut Kes Ebit Lew, Polis Selesai Ambil Keterangan Mangsa! Enggan Dedahkan…

gempak
Gempak
24/08/2021
22:43 MYT
Sponsor Banner
Kemelut Kes Ebit Lew, Polis Selesai Ambil Keterangan Mangsa! Enggan Dedahkan…

Mangsa yang dikaitkan dengan kes pendakwah popular Ustaz Ebit Lew sudah pun diambil keterangan oleh pihak polis.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Walau bagaimanapun, Abd Jalil enggan mendedahkan siapa mangsa dan berapa ramai saksi yang sudah tampil membantu siasatan.

Menurut beliau, siasatan berhubung perkara itu masih diteruskan dan sehingga kini polis menunggu saksi-saksi lain tampil membantu siasatan.

“Masih belum ada perkembangan terbaru lagi, orang ramai ada maklumat boleh tampil,” katanya.

Terdahulu, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan daripada laporan itu, polis kemudian membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit, 37, dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual yang dikaitkan denganya.

Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan tersebut berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

Sumber: Utusan Malaysia

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live