Berita
“Kemelut Yang Melanda Rumah Tangga Mengeratkan Lagi Hubungan Kami” - Elvina Mohamad
Pelakon Datin Elvina Mohamad mengakui kemelut yang melanda rumah tangganya bersama suami, Datuk Haniff Borhan pada hujung Disember lalu mematangkan dirinya.
Menurut Elvina, perkara yang terjadi itu mengeratkan lagi hubungan dalam rumah tangganya bersama suami dan tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
“Alhamdulillah, apa yang berlaku sebelum ini saya jadikan pengajaran dan ia mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga.
“Saya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan membuatkan saya serta suami lebih berhati-hati selepas ini.
"Apa yang saya boleh katakan adalah kemelut yang melanda rumah tangga mengeratkan lagi hubungan kami.
“Saya juga tidak mahu memanjangkan isu ini lagi kerana saya sudah memaafkan individu terbabit serta suami dan berharap perkara ini tidak berulang lagi,” katanya kepada Astro Gempak.
Elvina berkata demikian ketika ditemui pada majlis Aqiqah Kesyuran anaknya, Karl Mateen di The Roof Garden Hotel, Shah Alam, pada Jumaat.
Terdahulu, kecoh apabila Elvina memuat naik foto wanita terbabit di laman Instagramnya dan mendakwa rumah tangganya kini sedang diganggu wanita lain.
Elvina dan Haniff telah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Karl Mateen pada 1 Disember lalu.
Must-Watch Video