Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kemenangan Bukan Alasan Untuk Goyang Kaki” - Mira Filzah

Mya Amri
24/09/2019 14:55 MYT
Pelakon dan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32), Mira Filzah akui kemenangannya itu adalah kerana faktor rezeki.

Menurut Mira, dia tidak menjadikan kemenangan itu sebagai alasan untuk dirinya goyang kaki.

“Alhamdulillah, saya percaya rezeki itu datangnya pada Tuhan dan juga usaha kita. Anugerah atau kemenangan seperti ini bukanlah satu alasan untuk kita lebih relax atau goyang kaki.

“Sebenarnya secara jujurnya saya rasa tak layak tapi disebabkan ini adalah undian, saya percaya ini yang peminat saya nak.

“Bagi saya bila dah menang ni, rasanya seperti tanggungjawab untuk berikan yang terbaik dan perbaiki supaya orang boleh rasa berbaloi kemenangan itu.

“Kalau boleh saya nak orang nampak bakat saya, dan biarlah kemenangan itu selari dengan bakat,” ujarnya kepada Gempak.

Mira ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Terdahulu, selain merangkul Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32), Mira juga menerima Anugerah Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi TV Popular bersama Remy Ishak.

Dalam perkembangan terbaru, Mira juga merupakan pelakon filem Sangkar yang kini sedang ditayangkan di 108 pawagam seluruh negara.

Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi

Selain Mira, Sangkar juga dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Sangkar juga turut ditayangkan di Brunei dan Singapura, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
#pelakon #Mira Filzah #Pelakon #ABPBH32
;