Ibu kepada pelakon Fazreen Rafi telah selamat menjalani prosedur kemoterapi bagi merawat kanser usus tahap empat yang dihidapinya.

Berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagramnya malam tadi, kata Fazreen dia berharap agar tiada kesan sampingan yang ekstrim selepas ibunya menjalani prosedur terbabit.

"Alhamdulillah first targetted chemo berjaya. Harap-harapnya tiadalah kesan sampingan yang kuat sangat kat ibu saya," tulisnya.

Alhamdullillah 1st targeted chemo berjaya.. hopefully xde la side effects yg kuat sgt kt mak faz.. #cancerfighter #kanserusustahap4

A post shared by FAZREEN RAFI (@fazrenrafi) on


Perkongsian itu meraih perhatian rakan selebriti dan peminat pelakon itu yang turut mendoakan kesejahteraan ibunya.

Malah, ada juga yang turut berkongsi petua untuk merawat penyakit tersebut.

Pada 29 Jun lalu, Fazreen pernah berkongsi keadaan ibunya yang telah selamat menjalani pembedahan membuang usus, ovari dan rahim.

Betul la ckp org bila kita dah tua kita akn jd budak balik.. comel je tgk diaorg dua.. alhamdullillah operation mak faz berjaya, buang usus, rahim n ovari.. so next chemotherapy.. doakan mak faz ?.. amin..

A post shared by FAZREEN RAFI (@fazrenrafi) on