Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Selamat Tinggal Inka Christie, Ronnie Hussien Pula Rampas Kedudukan Liza Aziz
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Ronnie Hussien berjaya merampas kedudukan pertama selepas Liza Aziz tiga minggu berada dikedudukan tersebut.
Kemenangan itu sekali gus memberikan Ronnie Hussien membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan wang tunai berjumlah RM2,000.
Dadali Dyrga dan Liza Aziz pula berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga.Sementara itu Ning Baizura, Illa Sabry & Inka Christie kurang bernasib baik apabila berada ditangga tiga terbawah.
Namun perjalanan Inka Christie dalam GV11 terhenti apabila tiada lagi lagu diumumkan semasa segmen Ada Lagu, Ada Lagi.
Untuk minggu kelima, bintang yang masih kekal dicabar dengan tema GV Hadir di mana mereka harus menyampaikan lagu duet bersama bintang undangan.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Must-Watch Video