Kempen Raya 2017 Astro, Kosong Kosong Dari Hati meraih anugerah emas di The Spark Awards for Media Excellence 2018 yang berlangsung di Singapura sebentar tadi.
Anugerah emas itu diraih menerusi kategori Best Launch / Re-Launch by a Media Owner.
The Spark Awards for Media Excellence meraikan solusi media terbaik, produk serta servis yang ditawarkan di Asia Tenggara.
Kempen Raya 2017 Kosong Kosong Dari Hati menekankan kepentingan amalan memohon ampun dan maaf di hari lebaran.
Ia meletakkan nilai kemaafan dalam bentuk tersendiri untuk penonton serta turut meletakkan elemen pentingnya keikhlasan dan kerendahan hati dalam tindakan kita.
Selian itu, iklan yang ditampilkan untuk Kempen Raya 2017 Kosong Kosong Dari Hati ini juga memberi kesedaran dan membuka minda masyarakat agar lebih peka dan prihatin mengenai autisme.
Iklan tersebut memaparkan kisah benar Adli, seorang bapa yang dikurniakan anak istimewa autisme bernama Luqman.
Iklan ini mengupas kecekalan dan pengorbanan Adli untuk membesarkan amanah yang diberi.
Demi kasihnya kepada Luqman, Adli menubuhkan sebuah ‘Cafe Autism’ yang turut memberi sinar baru kepada ibu bapa yang mempunyai anak autistik untuk mendapatkan latihan vokasional di situ.
Uniknya lagi, iklan itu turut menampilkan Adli dan Luqman sendiri yang melakonkan semula kisah mereka menggunakan laras bahasa sendiri.
Selain itu, Astro turut mendominasi kategori lain di The Spark Awards for Media Excellence 2018.
Senarai penuh anugerah yang diungguli oleh Astro adalah:
Best Launch / Re-Launch by a Media Owner
(Gold: Astro Kempen Raya 2017 Kosong Kosong Dari Hati)
Best Event by Media Owner
(Bronze: Astro Radio Teroka Raya Proton)
Best Media Solution - Radio
(Bronze: Astro Radio Be My Star 2.0 Moma Water / Silver: Astro Radio Era & Hitz Sales Superstar with Wonda Coffee / Gold: Astro Radio Hitz Jumanji VR Challenge)
Best Media Solution - TV/Online Video (Bronze: Astro Radio Lost Without You / Gold: Turn NIVEA Into A K-Drama Star – My Coffee Prince Integration)
Most Improve Offering by a Media Owner
(Bronze: Zayan & GOXUAN)
Best Media Solution - Digital
(Silver: Astro - Anmum Materna Hi Mummy Jihan)
Best Media Solution - Experiential
(Gold: McD Ayam Goreng Sepahtu Reunion)
Best Content Team
(Astro Branded Content)
Best Collaboration Between Media Owner & Agency
(Bronze: Astro x OMD Malaysia)
Amri Hassan
Fri Aug 17 2018
Aktivis Teater, Rosminah Tahir Meninggal Dunia
Aktivis dan pengarah teater disegani, Rosminah Tahir, 65, meninggal dunia di kediamannya di Keramat, Kuala Lumpur, petang Ahad.
Bercakap Dengan Jun: Recap Episod 5 & 6 - Nek Besah Curiga Status Ranum, Dipukul Kawan Baik Sendiri!
Minggu lalu penonton dapat menyaksikan perubahan hidup Jun selepas mengambil keputusan untuk menjaga bayi berbama Ranum.
THSS: Datin Alyah Tarik Diri, Dapat Panggilan Tunaikan Haji
Bintang The Hardest Singing Show (THSS), Datin Alyah mengumumkan penarikan diri daripada program tersebut.
THSS: Dedikasi Persembahan Solidariti Untuk Faisal Halim, Aepul Roza Terima Komen Positif Daripada Edry
Merupakan peserta keempat melakukan persembahan, Aepul Roza mempersembahkan lagu Panas nyanyian asal Gigi.
Ben Affleck Tak Pakai Cincin Kahwin, Tinggal Asing Dengan J. Lo
Khabar keretakan rumah tangga pasangan selebriti terkenal dunia, Jennifer Lopez dan suami, Ben Affleck seperti sudah tidak dapat dihentikan.
Ini Pesanan Bapa Mahalini Untuk Rizky Febian - “Mahalini Daripada Keluarga Saya, Keluarga Besar Saya”
Menerusi acara tersebut, bapa kepada Mahalini, I Gede Suraharja, menitipkan pesanan buat Rizky sebagai seorang suami.
Sandera Raih Maklum Balas Positif, Mila Jirin Janji Untuk Kembali Aktif Dalam Bidang Nyanyian
Agak lama tidak muncul dengan buah tangan baharu, penyanyi Mila Jirin tampil dengan single terkini berjudul Sandera.
Tunjuk Solidariti Buat Palestin Di Majlis Graduasi Di NYU, Netizen Bangga Dengan Anak PMX
Sepotong video anak bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Hana yang memakai keffiyeh ketika majlis graduasinya di New York University (NYU), Amerika Syarikat berjaya mendapat perhatian ramai.
“Tunggu Aku Balik” - Sahabat Kenang Kata-Kata Terakhir Acap
Begitu kata-kata terakhir yang diterima daripada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar oleh sahabatnya, Mohammad Fakhrul Syakirin menerusi satu panggilan video sebelum pergi bertemu Ilahi.
“Dia Tak Malu Pun Suami Belikan Kereta Second Hand Je” - Netizen Puji Atikah Suhaime, Humble & Sweet
Pelakon, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa gembira sebaik sahaja menerima hadiah sebuah kereta terpakai berjenama mewah daripada suami tersayang, Datuk Lokman Teh.