Perkongsian video POV (point of view) yang dibuat pempengaruh, Aizat Saha bersama penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa berjaya meraih perhatian netizen.

Pengalaman tak dapat dilupakan

Kata Aizat, pengalaman tersebut merupakan satu kenangan manis yang tak dapat dilupakan.

“Sejujurnya saya sangat teruja apabila menerima peluang untuk menampilkan Datuk Seri Rossa dalam POV terbaru saya.

“Bagi saya, ini peluang dan pengalaman yang sangat manis dan kekal kenang dalam ingatan,” ujar Aizat.
@aiztsaha Lari, lari dan lari lagi. Itu jelah kerja nyaa ? Hmm dia kan cuma masa lalu sayaa dan awak adalah masa depan saya. Nah makan shawarma ni, jangan majuk majuk lagi okay. Nanti kahwin kita jemput Teh Oca @Rossa datang wedding kita ☺️ #fyp #fypシ ♬ bunyi asal - pakweHANDSOME
Bagainamanapun, Aizat memaklumkan dia pernah berhasrat untuk berhenti menghasilkan kandungan sebegitu namun hasrat itu terhenti kerana dia memikirkan tentang penggemar kontennya.

“Sehingga satu tahap, saya pernah cuba untuk berhenti buat POV ini tapi hasrat tidak tercapai kerana memikirkan tentang penggemar-penggemar konten di media sosial.

“Jadi, saya cuba untuk step-up the game dengan memberanikan diri untuk berkolaborasi dan menampilkan artis-artis ternama seperti Anna Jobling, Shiha Zikir dan terbaru, Datuk Seri Rossa,” tambahnya lagi.

Selain itu, bekas pramugara itu juga turut berharap agar orang ramai terhibur dengan konten POV terbaharunya ini.

“Saya sangat jarang mengadakan pertemuan bersama kelab peminat (Jeewa) jadi saya rasa dengan cara meneruskan POV ini dapat menghiburkan hati mereka (Jeewa).

"Kegembiraan mereka (Jeewa) semua sangat bermakna buat saya. Walaupun perjalanan kariernya baru bermula, Aizat mengharapkan agar penggemar tidak putus berdoa untuk beliau dalam industri hiburan,” ujarnya.

Berita Trending: Terima Tawaran Berlakon MV Raya & Iklan, Aizat Saha Bersyukur Ramadan Serta Syawal Penuh Rezeki

Berita Trending: "Aku Dah Popular Pun Sebelum Dia Popular" - Kelly Azman Nafi Tumpang Glamor Aizat Saha