Selebriti versatil Kelly Azman menafikan tuduhan segelintir warganet bahawa dirinya cuba menumpang populariti pempengaruh Aizat Saha.

BERITA TRENDING: Abang POV, Aizat Saha Dedah Pernah Ditawar RM500,000 Untuk Jadi Anak Ikan – "Kalau Duit Datang Dengan Cara Tidak Baik…”

Jelas Kelly, mereka hanya bertemu untuk merakamkan content bersama-sama selain mempromosikan acara yang sedang berlangsung.

"Rilaks lah, tak perlu kecoh sangat.

"Biarlah saya nak buat content dengan siapa pun, tak payah cakap saya tumpang populariti sesiapa.

"Sebelum dia popular, saya dah masuk dalam industri, saya dah popular pun dulu sebelum dia popular. Jadi apa masalahnya?

"Tak perlu nak mengata saya ambil kesempatan, tumpang glamor, kami berjumpa untuk buat content dan hiburkan semua orang, kami nak promote produk dan event," tegasnya.

BERITA TRENDING: Kelly Azman Naik Hantu Ada Artis Plagiat Lagu ‘No No No’ Miliknya - “Bila Dengar Tu Sebijik”

Justeru, Kelly memohon orang ramai agar tidak berprasangka buruk dan menyokong kariernya dan Aizat Saha.

"Cuba berbuat baik dan tak sakiti hati orang lain sempena bulan Ramadan ni," tambah Kelly.

PILIHAN PEMBACA: Netizen Kaitkan Video Pengacara Onani Dengan Kelly Azman, Ini Komen Tuan Badan! - "Maaf Saya Tiada Video Lucah"

A post shared by K E L L Y A Z M A N (@kellyazman)


Terdahulu, beberapa video yang dirakamkan bersama Aizat yang turut digelar Abang POV tular dan mengundang kata-kata negatif netizen, mendakwa dirinya cuba menumpang populariti pempengaruh itu.