Bencana banjir yang menimpa beberapa negeri ketika ini bukan ternyata mengejutkan dan semestinya meninggalkan kesan buruk kepada mangsa yang mengalami.

Berdasarkan tinjauan Gempak di TikTok hari ini, potongan video Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar yang menyebut tentang kejadian banjir ketika pandemik pada Julai lalu mencuri tumpuan netizen.

Malah, video itu turut dikongsi di akaun @n_izzah_anwar sekitar 18 jam lalu (ketika artikel ini ditulis).

"Kena ada beberapa perancangan kerana kita akan mengalami banjir di kala pandemik, jadi kesiap siagaan ini saya minta sangat-sangat dalam pelan pemulihan diambil kira dengan serius," katanya dalam parlimen.

Dalam ucapan sama, Nurul Izzah juga berharap agar tidak wujud kluster Pandemik COVID-19 baharu apabila Malaysia menghadapi krisis banjir.

Menjengah ruangan komen di perkongsian tersebut dan di akaun @HafizNassir, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Nurul Izzah.

Ada juga yang berpendapat bahawa Nurul Izzah bukan sahaja cantik, tapi juga mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan.






@n_izzah_anwar

Throwback ucapan di Parlimen pada Julai yang lalu. Stay safe, everyone. Moga Allah SWT melindungi kita semua, InshaaAllah. #throwback #fyp

♬ original sound - n_izzah
@hafiznassir

26 / 7 / 2021 - SHE ALREADY ALARMING EVERYONE AND LOOK NOW ! Permatang Pauh MP Nurul Izzah has urged the government to take into account the incoming mo

♬ original sound - HafizNassir