“Kena Berbuka Waktu Brunei Atau Malaysia? – Wan Sharmila Kongsi Pengalaman Berbuka Atas Awan

Mya Amri
Mei 16, 2019 07:18 MYT
Pelakon, Wan Sharmila berkongsi pengalaman berbuka puasa di atas kapal terbang.
Wan Sharmila atau lebih mesra dengan panggilan Lala memberitahu situasi itu merupakan pengalaman pertama buat dirinya.
Lala berkongsi perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
“1st time berbuka puasa di awan. Tapi ada kemusykilan semalam. Kita sahur and mula puasa di Brunei. Flight jam 6pm.
“Soalannya kita kena berbuka waktu Brunei atau waktu Malaysia? Tapi semalam kita berbuka ikut matahari. The cabin crew said the higher we fly the more we can see the sun.
“So, I assume selagi tak gelap selagi tu lah takleh berbuka. Or boleh ke kita kira yang kita ni musafir? So semalam kalau tak silap kita berbuka macam lambat sikit dari waktu KL.
“Macam 7.30 gitu. Haaaa soalan macam ni jarang diutarakan kan. Knowledge juga benda ni. Takpe lah yang penting puasa saya dan team @aurakasihhq #aurakasihjamuwarisan semalam sempurna InsyaAllah…” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya juga turut berkongsi pengalaman yang sama sepertinya.
“Dulu pernah berpuasa dari KL naik flight ke LA. Tapi syukur sebab naik MAS, stewardess dan captain maklumkan waktu untuk berbuka masa dalam flight. Tapi lepas tu susah nak sahur untuk puasa hari berikutnya. Jadi disebabkan niat musafir, saya tidak berpuasa hingga sampai ke destinasi. Dah sampai destinasi di US, ikut puasa guna waktu local pula,” kongsi @ninakasim
“Kita berbuka ikut kawasan mana kita time tu. Pernah berkhidmat dengan airlines jugak, sahur kat KL pukul 5 lebih, berbuka atas awan pukul 4 lebih, tiap-tiap hari berbuka dengan waktu berbeza,” tulis @soffiyadzra
Wan Sharmila mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2005. Antara drama popular yang dibintanginya adalah Emil Emilda, Kisah Kaisara, Tari Tirana dan Kusinero Cinta
Foto: Instagram @lala.wansharmila
#pelakon #Pelakon #Wan Sharmila