Pelakon Sharifah Sakinah memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya dalam keadaan badan yang agak berisi di Instagram miliknya.

Menerusi foto tersebut, Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 31, berkata dia bosan dengan imej dirinya yang selalu kelihatan kurus.

"Dah bosan kurus," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dah bosan slim

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on


Begitupun, gambar yang dirakam di sebuah restoran itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Ramai yang hairan dengan gambar tersebut kerana merasakan Sakinah bukanlah individu yang mempunyai masalah berat badan apatah lagi dirinya terkenal dengan imej ramping.

Ekoran perkongsiannya itu, netizen mula membuat andaian bahawa pelakon drama Selafaz Cinta itu mungkin sedang berbadan dua.

"Kena 'buatan' orang ke Kinah?

"Tahniah mengandung kali kedua ya?

"Tahniah baby bump tu, kalau berisi begini lagi cantik

"Ada baby lagi eh?," komen sebahagian pengikutnya.



Pada masa sama, ada yang beranggapan mungkin Sakinah menggunakan aplikasi ubah imej untuk kelihatan berisi.

Namun, respons Sakinah kemudian menguatkan lagi dakwaan bahawa dia mungkin sedang berbadan dua berdasarkan kenyataannya mahu mengeluarkan 'produk'.

"Bukan aplikasi, memang gemuk. Nak keluar produk..haha," jawabnya secara seloroh.

Responsnya itu kemudian membuatkan umum merasakan produk tersebut merupakan bayi.

"Produk baru tu bayi kan?," komen salah seorang pengikut.



Bagaimanapun, dalam salah satu komen balasnya, Sakinah menafikan dirinya sedang berbadan dua.

"Tidak, saya tidak mengandung," balasnya ringkas.



Sakinah mendirikan rumah tangga dengan Alif Adha Jamil pada 28 MAc 2015. Hasil perkongsian hidup pasangan itu kemudian dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.