“Kena Hacked, Sedih…” – Akaun Digodam, Ini Instagram Baru Ramona Zamzam

Mya Amri
Januari 25, 2019 03:33 MYT
Pelakon Ramona Zamzam akui kecewa dan masih berusaha untuk mendapatkan kembali akaun Instagramnya yang telah digodam baru-baru ini.
Sedih dengan kejadian itu, Ramona telah membuka sebuah akaun Instagram sementara, @ramona_zamzam2019 untuk berkomunikasi dengan peminatnya dua hari lalu.
Akaun tersebut baru sahaja mempunyai empat posting yang kesemuanya berkaitan dengan kejadian digodam itu.
“Hey guys, my previous instagram account was hacked. I’m using this account at the moment while trying to retrieve it back,” tulisnya.
Sehingga kini, akaun tersebut baru sahaja memiliki lebih 4000 pengikut.
Ramona juga memberitahu dia sudah membuat laporan kepada pihak Instagram dan CyberSecurity Malaysia mengenai hal tersebut dan berharap akan mendapat semula akaunnya.
Dalam pada itu, Ramona juga meminta peminatnya tidak tertipu dengan akaun lama yang telah diambil alih artis dari Turki dikenali sebagai Mehmet Dindar sebelum ini.
Foto: Instagram @ramona_zamzam2019
#pelakon #Ramona Zamzam #Pelakon