Jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dikecam selepas berkongsi mahu memohon lesen pistol di akaun Instagram (IG)nya.

Menerusi sebuah entri, Aliff telah memuat naik fotonya di hadapan balai polis dan meminta agar pengikut IG mendoakan permohonan pistolnya diluluskan.

Namun Aliff telah dikecam netizen yang rata-rata mempertikaikan kebolehan Aliff serta dilihat menunjuk-nunjuk.

Aliff memberitahu jika permohonan lesen pistolnya diluluskan, selepas ini dia tidak akan menggunakan perkhidmatan pengawal peribadi.

demi keselamatan . . doakan pemohonan pistol saya diluluskan.. supaya saya lebih selamat??‍♂️??‍♂️??‍♂️ no more bodyguards im stronger??????

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Netizen mengecam tindakan Aliff kerana menganggap perbuatan tersebut seperti menunjuk-nunjuk.


Berikut merupakan komen-komen netizen:


@mr_sharktaiko - kena kejar kucing pun lari.. ni kan pula nak tembak orang... bukan undang-undang Malaysia ni tak bagi ke cederakan perompak... perompak kan baik, aduh malaysia !!!

@mell_nabila- i have one question for you memang orang kaya nie kene jadi show off , stupid dulu ya sebagai jambatan nak jadi kaya? pening dengan hang ni..aduiii kelakar pun ade.

@aimisyakir91- Ada duit, Boleh main tembak orang.. Then orang tu mati, at last kau terlepas dari hukuman bunuh.. Orang kaya kannn

@nadya_suhaimi - Ada duit memang boleh beli macam-macam ... tapi akal tu tak boleh beli.. kalau dah kurang bijak tetap kurang bijak.. benda yg melibatkan nyawa tak payah nk share patutnya
..
@najwasamion - Sepatutnya dato jangan sebut yang dato nak mohon kelulusan pistol,manalah tahu ada yang berniat tak baik dekat dato,mereka dah boleh tahu apa kelemahan,kekuatan dato,apa dato ada untuk selamatkan diri,jadi mereka dengan mudah merancang..

@norliza_mahadin -For your safety dato, i think u dont have to share this..it might attract more danger to you and your family..This is just my opinion..

@khairil_balang - dato benda ni kira rahsia peribadi tau..yang pi canang cerite buat apa.. pastu kita nak share dengan followers...hati-hati lah dato..