Filem terbaru arahan Kabir Bhatia iaitu Sangkar kini sedang mendapat sambutan hangat di pawagam.

Filem ini mencipta kelainan apabila menampilkan elemen sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam rekod filem tanah air.

Bukan itu sahaja, Sangkar turut mengandungi pelbagai unsur lain yang dapat dijadikan pengajaran oleh penonton.

Menerusi tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata netizen tertarik dengan petikan kata-kata yang disebut oleh Adam (watak Zul Ariffin) dalam filem tersebut iaitu :

"Kalau kau tak pandai kau kena kuat, kalau kau tak kuat, kau kena pandai,"

Selain menarik perhatian, petikan kata-kata itu juga dianggap memberi maksud yang mendalam dan boleh dijadikan iktibar.







Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura.