"Kena Ukur Baju Di Badan Sendiri.." - Walaupun Harga Baju RM10, Zizie Izette Tak Kisah Beli Demi….

Zulaikha Yusof
November 13, 2019 02:00 MYT
Pelakon Datin Seri Zizie Izette gemar memadankan pakaian kesemua anak-anaknya supaya kelihatan segak.
Walaubagaimanapun, Zizie akui soal harga dan jenama pakaian tersebut tidak menjadi perkara yang penting buat dirinya.
"Gambar kelmarin. Seperti yang kelihatan, saya suka tampil berpadanan dengan anak-anak saya.
"Saya ambil tanggungjawab untuk siapkan mereka dan menjadikan mereka kelihatan elok.
"Biarpun baju tak mahal, tak ada jenama sekalipun. Janji nampak rapi dan kemas," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Tambah Zizie dia tidak kisah untuk membeli walaupun harga pakaian itu RM10.
"Sejujurnya, kalau saya nampak baju harga RM10 pun saya akan beli kalau baju tu cantik.
"Lagipun sayang, anak-anak cepat membesar plus dengan ekonomi yang kurang baik, lebih baik berjimat untuk persekolahan anak-anak yang akan datang.
"Tanggungjawab dah besar dan anak-anak dah ramai. Kena ukur baju di badan sendiri.
"Jangan pula 'biar papa, asal bergaya'. Betul ke betul?" tulisnya sambil berseloroh.
Terdahulu, Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 59, pada 2009.
Selain dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Manakala anak perempuannya, Aalisa Belle Izette dilahirkan pada awal Mac tahun ini.
#pelakon #Pelakon #Zizie Izette #Baju #RM10