Laman Utama

Kenal 9 Bulan, Terima Jambangan Bunga Setiap Hari, Nasha Aziz Dilamun Cinta - “Insya-Allah, Dia Mungkin Menepati”

Mya Amri
22/09/2022
11:05 MYT
Pelakon cantik, Nasha Aziz mengakui sedang mengenali seseorang.
Nasha menjawab hal itu susulan daripada video tular yang merakamkan dirinya menerima jambangan bunga setiap hari.
Menurut Nasha, usia perkenalan mereka baru sahaja mencecah sembilan bulan.
“Orang yang menyayangi saya dan menghargai wanita dalam bentuk bunga adalah satu bentuk cinta.
“Saya memang dilamun cinta setiap hari. Saya memang mencari cinta setiap waktu. Cinta itu bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita saja, tapi kita semua.
“Kita sokong satu sama lain, cakap benda baik-baik, galakkan satu sama lain, itulah sifat-sifat keluarga Islam. Kita bersaudara.
“Simbolik bunga itu adalah mungkin supaya saya selalu mengingatinya. Saya adalah jenis orang yang, kalau melakukan sesuatu, saya akan lakukan sepenuh hati.
“Fokus dengan perkara yang menjadi tanggungjawab saya. Mungkin agaknya, kerana sikap itu, dia yang ingin menarik perhatian saya memberi saya bunga.
“Insya-Allah, dia mungkin menepati. Kita kena kenal lebih rapat kan? Tapi, ruang untuk rapat itu susah juga sebab baru sembilan bulan.
“Sekarang, fokus kerja. Bila rezeki yang Allah beri, kita nak tahu ke mana arah tuju kita. Insya-Allah, mestilah ke arah yang baik,” jelasnya
Nasha ditemui selepas majlis pelancaran filem seram terbaharu lakonannya berjudul Talbis Iblis bertempat di Panggung Asia pada Khamis.
Mengulas mengenai kehidupannya, Nasha bersyukur dikelilingi oleh rakan-rakan yang memiliki aura positif.
“Saya dikelilingi oleh kawan-kawan yang nakal terutamanya, pasukan Zeel Productions. Mereka beri saya aura positif.
“Kita tahu Haji Zil adalah orang yang sangat bersikap kekeluargaan. Pada dia, semua orang adalah keluarga.
“Sejak habis PKP, saya bersama dia di Perlis selama hampir sebulan. Kemudian ke Terengganu.
“Saya tak pernah menetap di kedua-dua negeri itu. Saya berkeluarganya dengan Haji Zil dan pasukannya,” ujarnya.
Nasha akan membawakan watak sebagai mak bidan bernama Junaidah dalam Talbis Iblis.
Selain Nasha, Talbis Iblis dibintangi oleh Zul Ariffin, Azira Syafinaz dan Jay Iswazir.
Filem ini terbitan gabungan penerbit terhebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MME Entertainment.
Talbis Iblis dijadualkan menjengah seluruh pawagam tanah air pada 20 Oktober ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nak Hidup Senang, Wanita Ini Bercinta Dengan 7 Pesara Lelaki Dalam Satu Masa

gempak
19/06/2024
11:55 MYT
Gadis Colombia dikenali Lina mencetuskan kontroversi apabila didakwa mengambil kesempatan dengan menjalin cinta dengan tujuh pesara lelaki.
Hiburan

Amelia Henderson Akui Tidak Akan Kembali Semula Bersama Aedy Ashraf - “Mungkin Saya Akan Lebih Berhati-Hati…”

gempak
15/06/2024
03:45 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Amelia Henderson tampil mengulas mengenai kisah percintaannya yang putus di tengah jalan bersama aktor Aedy Ashraf.
Hiburan

Amelia Henderson Nafi Putus Cinta Sebab Sibuk Bekerja, Tak Nak Kahwin - “Kalau Sayang…”

gempak
15/06/2024
00:55 MYT
Pelakon dan pengacara Amelia Henderson menafikan dakwaan yang dibuat mengenai punca sebenar pengakhiran hubungan cintanya bersama aktor Aedy Ashraf.
Hiburan

Amelia Henderson Harap Dapat Jumpa Lelaki Yang Boleh Hargai Dirinya

gempak
14/06/2024
09:28 MYT
Kisah percintaan aktres dan pengacara jelita, Amelia Henderson bersama aktor Aedy Asyraf dilaporkan sudah berakhir baru-baru ini.
Hiburan

Miss K: Alahai...Aktres Cantik Bercinta Dengan Lelaki Berstatus Suami Orang

gempak
11/06/2024
02:30 MYT
Tengah sedap breakfast pagi-pagi ni tiba-tiba kawan Miss K foward satu gossip panas ni! Terus hilang mood Miss K nak me time sekejap. Lahhh tiber.