Penyanyi Nicole Scherzinger memberikan bayangan sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya bersama pemain tenis kelahiran Bulgaria, Grigor Dimitrov.

Pasangan itu sudah menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2015 selepas Nicole berpisah dengan pelumba Formula 1, Lewis Hamilton.

"Saya sudah bersedia untuk berkahwin suatu hari nanti dan saya sentiasa menantikan hari bahagia itu," katanya kepada akhbar The Sun baru-baru ini.



Dalam perkembangan lain, Nicole, 39, kembali menjadi juri untuk rancangan realiti X Factor bergandingan dengan Simon Cowell, Louis Walsh dan Sharon Osbourne.

Kami kongsikan fakta menarik tentang kekasih Nicole, Grigor Dimitrov yang usianya 13 tahun lebih muda berbanding bekas anggota kumpulan Pussycat Doll itu.

1. Grigor berusia 26 tahun dan sering dibandingkan dengan kehebatan jaguh tenis dunia, Roger Federer.



2. Disenaraikan pemain ke-11 terbaik dunia, Grigor juga dinobatkan sebagai pemain tenis terbaik Bulgaria.



3. Kehebatan Grigor sampai dia dinamakan 'Baby Fed', selaku junior Roger Federer.

4. Pernah bercinta dengan pemain tenis wanita dunia, Serena Williams dan Maria Sharapova.



5. Bapanya, Dimitar, merupakan jurulatih tenis manakala ibunya, Maria, seorang guru sukan dan pemain bola tampar.











Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Ok!, Standard, News.com, The Sun