gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kuala Lumpur Bakal Dirampas! Akim & The Majistret Sedia Gegarkan Pentas Mega Star Arena 28 Jun Ini!
VIRAL
Warga Emas Pukul, Lempar Kucing Ditahan Polis!
BERITA
Kerat Jari Teman Lelaki Bimbang Kahwini Wanita Lain
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Maxime Bouttier Imbas Detik Pertama Kali Lihat Gambar Luna Maya Di Sekolah - “Saya Baru Umur 14 Tahun Waktu Tu”

gempak
Ainun Md Zooki
14/05/2025
12:52 MYT
Sponsor Banner
Maxime Bouttier Imbas Detik Pertama Kali Lihat Gambar Luna Maya Di Sekolah - “Saya Baru Umur 14 Tahun Waktu Tu”
Suami kepada Luna Maya, Maxime Bouttier berkongsi kisah bagaimana dia mula mengenali isterinya sejak dari bangku sekolah.
Menerusi perkongsian video di Instagram dari akaun Daniel MananTa Network, Maxime berkata, mereka berdua membesar di Bali, Indonesia dan pernah bersekolah di tempat yang sama.
Namun, mereka tidak pernah bertemu secara langsung ketika di sekolah kerana berbeza tahun.
“Saya dan Luna memang membesar di Bali dan satu sekolah, tapi bukan satu tahun. Jadi tak pernah jumpa waktu tu,” katanya.
Tambahnya lagi, dia mula dengar nama Luna Maya ketika dia menyambung pelajaran di Melbourne, Australia dimana salah seorang kawanya memberitahu bahawa abang dia pernah satu kelas dengan isterinya.

“Kawan saya cakap, abang dia dulu satu kelas dengan Luna. Masa tu baru saya dengar nama Luna Maya,” jelasnya.

Tidak pernah melihat wajah Luna Maya di kaca TV, Maxime mengakui kali pertama dia melihat isterinya itu menerusi gambar-gambar lama di sekolah.
“Saya tak pernah tengok dia kat TV lagi masa tu. Tapi bila tengok gambar sekolah, saya perasan ada gambar saya dan dia dalam satu gambar di taman rama-rama.

“Saya baru umur 14 tahun waktu tu,” ujarnya.

Meskipun Maxime sudah lama mengenali Luna Maya tetapi, isterinya mula mengenali Maxime secara rasmi pada bulan Disember tahun lepas.
“Saya dah tahu pasal dia lama dah. Tapi dia baru kenal saya bulan Disember tahun lepas,” kongsinya.
Sekadar info, Luna Maya akhirnya bergelar isteri kepada Maxime Bouttier pada pukul 5 petang waktu tempatan pada Rabu dengan sekali lafaz.
Pasangan selebriti itu melangsungkan perkahwinan dalam acara tertutup di Ubud, Bali, Indonesia.

BERITA BERKAITAN: Luna Maya Pernah ‘Give Up’ Untuk Kahwin, Reda Jika Jadi Andartu - “Mungkin Berkahwin Itu Bukan…”

BERITA BERKAITAN: Sah Bergelar Isteri Pada Usia 41 Tahun, Luna Maya Terima Emas & RM8,600

BERITA BERKAITAN: Nikah Hari Ini, Luna Maya Jalani Acara Siraman Dengan 7 Sumber Mata Air Termasuk Air Zam-Zam

BERITA BERKAITAN: Usia Bukan Halangan! Farahdhiya Yakin Jodoh Akan Tiba Pada Tepat Waktu - “Masih Lagi Ada Harapan…”

Topic Berkaitan
#Luna Maya
#sekolah
#Gambar
#Maxime Bouttier
#Satu
Must-Watch Video