Pengeluar barangan kemas tempatan, Habib Jewels dan syarikat Les' Copaque melancarkan syiling emas edisi terhad sempena kempen Habib's Merdeka #SokongLokal.

Kata Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib, syiling emas itu akan membangkitkan kenangan zaman kanak-kanak dan motivasi untuk generasi muda berjimat-cermat.

"Kolaborasi ini supaya anak-anak muda mendapat pendedahan awal dari kecil untuk melabur dalam emas.

"Sepertimana semua tahu, emas merupakan pelaburan terbaik kerana harganya meningkat dari semasa ke semasa dan buktinya harga emas telah meningkat 30 peratus pada tahun ini," katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran pameran Merdeka Habib di ruang legar IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.

Sekitar Majlis Perasmian Pelancaran Pemeran Merdeka HABIB di Center Court, IOI City Mall Putrajaya dengan kolaborasi bersama Upin dan Ipin Dapatkan Syiling Emas 999.9 Upin Ipin Edisi Terhad 0.2 gram berharga RM118 sekarang. #HABIB #HabibJewels #GiftOfHappiness #HABIBxUPINIPIN #SokongLokal #JualanMerdekaHabib #HabibMerdekaExhibition #GoldCoinLimitedEdition #GoldCoinHabibxUpinIpin #MerdekaGoldCoin @upinipinofficial

A post shared by Habib Jewels (@habibjewelsofficial) on


Syiling emas yang tertera karaktor watak animasi popular Upin & Ipin seberat 0.2 gram itu dijual dengan harga RM118 sahaja.

Sementara itu Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata mereka amat bangga dengan kolaborasi semalam, dan melihat pandemik yang menghantui dunia ketika ini bagaikan satu "rahmat yang terselindung" kepada jenama tempatan.

"Malaysia memiliki banyak jenama yang baik, dan dengan kemunculan pandemik, rakyat kini benar-benar menyokong jenama tempatan," katanya.

Pameran Merdeka Habib yang berlangsung dari 27 Ogos sehingga 6 September ini.