Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Kenapa Benci Saya Sedangkan Saya Sendiri Tak Kenal Mereka?” – Lee Dong Wook

Mya Amri
18/12/2019 16:50 MYT
Pelakon terkenal Korea, Lee Dong Wook akui tidak memahami mengapa wujudnya golongan pembenci di laman sosial (haters) sedangkan dia juga tidak mengenali mereka secara personal.
 
Menurut Dong Wook, walaupun dia berjaya berdepan dengan situasi itu dengan tenang namun ternyata itu bukan satu perkara mudah.
 
‘Sama seperti orang lain saya faham tidak semua akan sukakan kita. Tetapi apa yang membuatkan saya tertanya-tanya mengapa mereka mahu membenci saya sedangkan saya sendiri pun tidak kenal mereka?
 
“Setakat ini saya belum pernah berdepan dengan situasi yang teruk namun saya akui selama lebih 20 tahun menjadi selebriti, kehidupan peribadi pasti menjadi perhatian masyarakat.
 
“Rasanya saya berjaya melalui perkara-perkara itu dengan tenang namun bila diimbas kembali… Perkara itu sememangnya tidak mudah,” jelasnya.
 
Dong Wook berkata demikian dalam satu temu bual bersama majalah GQ Korea baru-baru ini.
 
Dalam perkembangan terbaru, Lee Dong Wook kini mengacarakan program bual bicaranya sendiri berjudul Because I Want To Talk yang disiarkan sejak 4 Disember lalu.
 
#Artis Korea #Lee Dong Wook