Hiburan

“Kenapa Kat IG Hitam, Dalam TV Putih?” - Diserang Komen Rasis, Ini Jawapan Padu Neeta Manishaa!

Azwa Rahman
15/04/2020
08:38 MYT
Penyanyi Neeta Manishaa meluahkan terpaksa berdepan dengan komen rasis mengenai warna kulitnya.
Menerusi laman sosial Twitter, Neeta berkongsi komen yang diterima mengenai warna kulit di ruang komen Instagramnya sendiri.
“Kenapa kat Instagram hitam tapi kat TV putih?” tanya wargamaya tersebut.
Lantang berdepan kritikan negatif, Neeta menjawab komen yang tidak sensitif itu dengan sindiran padu. “TV kau brightness tinggi sangat tu, cuba turunkan rasis kat TV kau,” balas Neeta.
Selain penyanyi, Neeta kini bergelar hos apabila mengacarakan sebuah program hiburan berjudul Mbuzz.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata peminat memberikan sokongan kepada Neeta.
“Hello Nita, awaklah punca saya selalu tertunggu-tunggu nak menonton Mbuzz,” tulis seorang wargamaya.
“Tak kisah hitam putih. tapi awak cantik Neeta serius tak tipu. Nanti jumpa kita selfie eh?” kata seorang wargamaya.
“Saya jumpa awak waktu cruise Klang, Phuket, Langkawi, Penang dulu. Sumpah aku ingat melayu. Takde pun nak kata gelap ke putih ke kuning ke ungu,” komen seorang wargamaya.
“Warna kulit takde masalah, janji nada suara bisa bikin semua jatuh cinta,” puji seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, kicauan Neeta itu telah menerima lebih 11,000 ulang kicau dan 17,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Puteri Zarith Kurang Senang Netizen Kaitkan Kurus Sebab Penyakit - “Ibarat Mengharapkan Kita Sakit…”

gempak
13/03/2024
02:55 MYT
Puteri Zarith kena body shaming.
Viral

Viralkan Kedai Serbaneka Sebab Tak Dapat Angpau Pokemon, Individu Disekolahkan Netizen – “Benda Boleh Selesai Cara Baik”

gempak
29/01/2024
08:55 MYT
Dah minta maaf tu kira settle lah
Laman Utama

Penat Kena Body Shaming, Oprah Winfrey Mengaku Ambil Ubat Untuk Kurus

gempak
18/12/2023
14:34 MYT
Jangan body shaming orang...
Laman Utama

Michael Ang Tegur Netizen Puaka Suka Komen Rasis - “Jangan Ingat Aku Ni Artis Longkang”

gempak
14/11/2023
16:00 MYT
hati-hatilah bila berikan komen.
Laman Utama

Lizzo Disaman Buat Gangguan Seksual, Rasis Hingga Hina Fizikal Penarinya

gempak
03/08/2023
06:50 MYT
Tiga orang saman serentak!