,
Hiburan

Kenapa Kaya Sangat? Keluarga Ambani Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan 'Crazy Rich Asians' Sebenar!

Awani
06/07/2024
16:24 MYT
Pada Mac lalu, lelaki paling kaya di Asia, Mukesh Ambani menganjurkan pesta besar-besaran sempena mendekati tarikh perkahwinan anak lelakinya. Keraian itu berlangsung selama tiga hari dengan kehadiran sejumlah 1,200 tetamu.

BERITA TRENDING: Lepas Rihanna, Katy Perry Buat Persembahan Di Pra Perkahwinan Ke-2 Anak Individu Terkaya Asia

Selain bekas para pemimpin dunia, taikun gergasi teknologi dan megastar Bollywood, majlis itu turut diserikan dengan persembahan oleh penyanyi antarabangsa, Rihanna.
AP melaporkan, itu hanya permulaan dari sambutan mewah pra-perkahwinan selama sebulan yang telah menjadi tajuk berita dan juga 'kegilaan' di media sosial.
Pada Mei, keluarga berpengaruh itu mengikuti pelayaran tiga hari dari Itali ke Perancis, dengan dihiburkan persembahan DJ ternama David Guetta, selain penyanyi Katy Perry serta Pitbull.
Akhirnya, minggu depan adalah hari besar yang dinanti-nantikan, apabila Anant Ambani, 29, akan disatukan dengan teman wanitanya, Radhika Merchant, dalam sebuah majlis yang dilabel sebagai 'wedding of the year'.

BERITA TRENDING: Rihanna Dibayar RM38 Juta Hiburkan Tetamu Pra Perkahwinan Individu Terkaya India

Kenapa kaya sangat?

Bapa kepada pengantin lelaki ialah Mukesh Ambani, 66, yang kini merupakan orang kesembilan terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai AS$116 bilion, menurut Forbes. Beliau juga merupakan orang paling kaya di Asia.
Peneraju syarikat konglomerat Reliance Industries itu mencatat penghasilan tahunan lebih AS$100 bilion, terutamanya dalam sektor petrokimia, minyak dan gas, hingga ke telekom dan peruncitan.
Menurut laporan AP, pengkritik keluarga Ambani menyatakan, kekayaan luar biasa itu berkembang kerana sebahagian besarnya kerana imbalan hubungan politik semasa kerajaan Kongres pada tahun 1970-an dan 80-an, khususnya di bawah pentadbiran Perdana Menteri Narendra Modi selepas 2014.
Mukesh telah mewariskan bisnes dan kekayaannya kepada dua anak lelaki dan seorang anak perempuannya.
Anak lelaki sulung, Akash Ambani, kini menjadi pengerusi Reliance Jio iaitu syarikat telekom; anak perempuannya, Isha, mengandalikan syarikat peruncitan; manakala anak bongsu, Anant, sedang mengasah diri dalam bisnes berkaitan tenaga.

Semewah mana majlis perkahwinan?

Majlis perkahwinan itu bakal diadakan p[ada 12 Julai nanti, diikuti dengan resepsi utama pada 14 Julai.
Sambutan itu dijangka dilangsungkan di dua lokasi iaitu Jio World Convention Centre di Mumbai (milik keluarga Ambani), dan juga di kediaman keluarga.
Tarikh yang dipilih difahamkan diambil berdasarkan carta tarikh kelahiran kedua-dua bakal mempelai mengikut adat Hindu.
Bakal berlangsung mengikut keperincian tradisi, majlis itu akan diraikan selama berhari-hari dengan pengisian acara dan ritual kepercayaan mereka.
Pada Jumaat lalu, media sosial di India dihangatkan dengan suasana acara 'sangeet' iaitu acara keluarga pengantin lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian kepada para tetamu mereka.
Acara itu turut diserikan dengan penampilan bintang Bollywood seperti Alia Bhatt, Ranveer Singh dan Salman Khan, selain Justin Bieber, yang diterbangkan ke Mumbai.
Tidak ketinggalan, pada minggu lalu keluarga Ambani juga menganjurkan majlis perkahwinan beramai-ramai bagi lebih 50 pasangan pengantin yang kurang berkemampuan, sebagai sebahagian daripada sambutan pra-perkahwinan.

BERITA TRENDING: Pasangan Kaya India Rai Pra Perkahwinan 3 Hari, Rihanna Buat Show, Bill Gates & Mark Zuckerberg Antara Tetamu

BERITA TRENDING: Miliki Aset RM1.8 Bilion, J.Lo Bercuti Naik Kelas Ekonomi Harga RM673

BERITA TRENDING: Anak Kedua Baru 10 Bulan, Rihanna Jawab Spekulasi Hamil Lagi: “Saya Akan Anxiety”

Pesta mewah keluarga Ambani nanti, menjelang acara kemuncak, dijanghka bakal dihadiri oleh lebih ramai selebriti, bilionair dan pemimpin dunia.
Mac lalu, ketika pesta pra-perkahwinan sahaja, tetamu ternama seperti Bill Gates, Mark Zuckerberg, bekas pemimpin Kanada dan Qatar, serta bintang Bollywood seperti Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone turut hadir.
Sumber: Agensi melalui Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lelaki Perempuan Bergaul Bebas, Dakwa Ada Roh Rasul Dalam Diri, Ajaran Cahaya Disekat!

gempak
05/10/2024
09:30 MYT
Mengaku di dalam dirinya ada roh kudus yang merujuk kepada roh semua rasul dan menganggap sudah mencapai darjat yang tinggi sehingga tidak perlu beribadat.
Hiburan

Syaffiq Sahli Teruja Ajai Bikin Lagu, Terkejut Undian Tertinggi Gimme The Mic Global!

gempak
05/10/2024
05:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Syaffiq Sahli teruja apabila komposer Ajai menawarkan diri untuk mencipta sebuah lagu untuknya.
Berita

Anak Orang Kaya Bayar RM7,520 Belajar Di Universiti Awam, Kerajaan Tanggung Kos RM80,623

gempak
05/10/2024
04:55 MYT
Lebih 80 peratus subsidi yuran pengajian yang ditanggung kerajaan bagi kursus peringkat ijazah sarjana muda dan diploma di universiti awam (UA) turut dinikmati anak golongan kaya.
Hiburan

John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

gempak
04/10/2024
15:00 MYT
Penyanyi antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.
Viral

Janji Bayar Tunai RM6,300, Pembeli iPhone Cekik & Buang Mayat Penghantar Barangan

gempak
04/10/2024
14:00 MYT
Kehilangan seorang penghantar barangan berakhir tragedi apabila mati dibunuh oleh pembeli yang memesan telefon model terkini iPhone.
BorakSeeni