Hiburan

"Kenapa Kena Gaduh, Berlumba Buka Aib Sama Sendiri?" - Thalia Baiduri Pesan Wanita Jaga Darjat, Jangan Dibutakan Cinta

Amri Hassan
01/05/2024
02:50 MYT
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri berpesan buat semua wanita agar menjaga darjat dan nilai diri masing-masing serta jangan bergaduh hanya disebabkan seekor 'buaya'.
Menerusi sesi siaran langsung yang diadakan di laman sosial TikTok miliknya @thalia.baiduri malam tadi, pelakon drama Cinta Dalam Hati itu berharap golongan wanita menjaga maruah mereka dalam setiap tindakan yang dibuat.
"Sebagai orang yang pernah dalam industri dan saya juga seorang wanita saya harap tak payah kita bergaduh untuk satu buaya atau kumbang.
"Wanita kena jaga value awak, awak semua cantik, kenapa kita nak gaduh sesama kita wanita dan buka aib sana buka aib sini.
"Macam rendah sangat darjat kita, kita wanita kena jadi mahal, bukan berlumba-lumba buka aib sesama kita, Astaghfirullah takut saya," katanya dalam sesi langsung itu.

BERITA TRENDING: Anak Dibiar Bau Hancing & Luka-Luka, Bibik Doakan Thalia Baiduri 'Mampus' - "Depan Saya Dia Baik, Tak Tinggal Solat Dhuha"

PILIHAN PEMBACA: "Ya, Memang Saya Baca 'Jampi' Ketika Memasak" - Thalia Baiduri

Kata-kata Thalia itu turut mendapat persetujuan dari netizen yang menyokong bahawa wanita perlu ada nilai dan harga diri tersendiri.
"Setuju Tin (Datin), kita (wanita) ada nilai," kata Sim Ahza.

Cinta itu buta

Thalia yang juga pengusaha produk makanan tambahan untuk kecantikan Dolly Milk dan jenama fesyen Talia berkata, industri hiburan Malaysia sepatutnya disuburkan dengan rasa harmoni dan tidak bertelagah antara satu sama lain.
"Industri kita kecil, pusing -pusing akan jumpa muka yang sama, lebih baik berhenti bercakap yang bukan-bukan.
"Memang cinta itu buta, kita semua dan saya pun pernah muda, contoh macam mak kita halang jangan keluar dengan orang itu, kita nak juga sebab darah muda yang dihalang itulah yang dibuat.
"Percayalah cakap saya nanti kemudian sesalan akan datang dan kita tahu kenapa mak kita halang," katanya.

Jangan hangatkan isu

Ibu kepada empat cahaya mata itu juga berharap netizen dan pihak lain tidak menghangatkan isu ini.
"Saya berharap semua pihak jangan menambah-nambah dalam isu ini yang memalukan dan dibaca oleh semua peringkat umur.
"Saya sendiri seorang ibu yang ada anak perempuan dan anak lelaki, memang takut bila baca pendedahan yang dibuat.
"Saya selalu berdoa dan beringat jangan seronok melihat aib orang kerana bimbang boleh terkena kepada kita, doa yang baik-baik," katanya.
Thalia berkata demikian berhubung isu hangat yang sedang diperkatakan membabitkan pendedahan seorang wanita dari Singapura dalam episod curang pelakon Aliff Aziz.
Wanita itu turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain termasuk Ruhainies, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.
Beberapa penggiat seni termasuk Erma Fatima dan Zed Zaidi turut berang dengan isu yang disifatkan memalukan dan memburukkan nama industri hiburan tempatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).