,
Berita

"Kenapa Lelaki Suka Pakai Seluar Senteng? Sorry It's Ugly" - Farahdhiya Tak Berkenan Lelaki Pakai Seluar Singkat

Kamaruddin Razal
04/11/2019
05:25 MYT
Bukan sahaja orang perempuan, orang lelaki juga kini memang ramai mengikut peredaran fesyen.
Antara yang mula menjadi ikutan termasuklah trend menggayakan seluar paras buku lali atau dengan nama lainnya digelar sebagai seluar senteng.
Bagaimanapun, gaya pemakaian itu nampaknya tidak berapa disenangi oleh pelakon dan penyanyi cantik, Farahdhiya.
Hal itu diluahkan bekas peserta Gegar Vaganza musim kelima itu menerusi satu status yang dimuat naik di Twitter.
"Kenapa lelaki suka pakai seluar senteng? Dah elok-elok pakai suit seluar pulak senteng, pastu stoking pun tak pakai.
"Lagi-lagi lelaki yang tak berapa tinggi, buruk naw, anda boleh mengatakan ia adalah fesyen, tetapi maaflah, ianya hodoh," tulisnya. Pandangan penyanyi berusia 35 tahun itu kemudian mendapat pelbagai maklum balas dalam kalangan netizen.
Ada yang cuba menjelaskan kepada pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu bahawa ia merupakan fesyen pengaruh dari Korea.
"Feeling K-pop lah tu dan tiada pengetahuan tentang fesyen main redah je, janji di mata dia smart," kata salah seorang warganet.
Jadi, selepas ini, mana-mana lelaki yang ingin cuba mendekati Farahdhiya yang masih solo itu, faham-fahamlah ya.
Jangan pula datang berjumpa dengannya berseluar senteng dan tidak berstoking. Awal-awal lagi nanti kena reject.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Unitar