Hiburan
Kenapa Nak Malu Jika Pernah Alami Kemurungan? - Hrithik Roshan
Pelakon Bollywood terkenal Hrithik Roshan mendedahkan dia pernah mengalami masalah kemurungan selama beberapa tahun.
Menurut Hrithik, dia hairan apabila tidak ramai yang berani untuk bersikap terbuka membicarakan tentang masalah depresi yang dialami oleh sesetengah masyarakat.
“Saya sendiri pernah melalui fasa hidup turun dan naik. Saya juga pernah alami masalah kemurungan yang teruk bahkan ia mengambil masa selama beberapa tahun.
“Saya percaya ramai yang pernah alamai penyakit depresi seperti ini cuma saya agak pelik kerana tidak ramai yang berani untuk bercakap mengenai perkara ini secara terbuka.
“Perkara tersebut terjadi apabila kita terlalu memikirkan tentang sesuatu masalah dengan terlalu mendalam sehingga menyebabkan masalah itu mempengaruhi pemikiran kita.
“Saya rasa tak perlu malu sekiranya ada diantara anda yang pernah alami kemurungan. Ini merupakan penyakit biasa yang dilalui oleh semua orang,” katanya seperti yang dilapor The Indian Express.
Dalam pada itu, Hrithik juga berpendapat sekiranya masyarakat lebih terbuka dengan masalah berkenaan, penyakit itu mungkin dapat ditangani dengan lebih baik.
“Sebab itu saya berpendapat jika pesakit mempunyai orang ketika untuk berkongsi tentang masalah yang dihadapai mungkin depresi itu dapat dikurangkan.
“Jangan sesekali berfikir jika alami kemurungan, anda seorang yang lemah. Tidak! Anda harus berusaha untuk mengatasinya.
“Saya bercakap melalui pengalaman saya, dan saya juga pernah melihat kawan saya menderita kerana tidak berkongsi tentang penyakit tersebut.
“Kemurungan bukan salah sesiapa, kadang-kadang penyakit itu datang tanpa diduga, jadi kita perlu kuat untuk atasinya selain sokongan orang-orang di sekeliling,” jelasnya.
Olahan: Mira Amri
Sumber: The Indian Express
Must-Watch Video