Artis Korea
“Kenapa Nak Post Gambar Edit Pula?” – It’s Real! Ariana Grande Sahkan Foto Bersama BTS Jungkook Tak Palsu
Penyanyi antarabangsa Ariana Grande akhirnya memberikan respon mengenai keraguan peminat terhadap fotonya yang diambil bersama anggota kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS Jungkook.
Ariana menerusi laman Twitternya mengesahkan foto tersebut adalah tulin dan bukan disunting seperti yang didakwa netizen.
Menurut Ariana, dia juga tidak menyangka foto tersebut menjadi topik hangat dikalangan netizen.
“Tolong, tolonglah beritahu mereka bahawa foto ini tidak disunting kerana ramai yang menyangka foto kamu berdua itu adalah palsu,” tulis seorang pengikut Twitter.
Melihat pada persoalan itu, Ariana kemudiannya membalas:please, PLEASE tell the audience that this isn’t an edit because a lot of people tend to think so... ALOT. @ArianaGrande pic.twitter.com/2hwsRc0ZCV— ᴊᴀᴢ⁷ (@triviaxari) January 15, 2020
“Tidak, memang tidak. Tanya @AlfredoFlores! Namun… Wow! KENAPA pula saya nak post foto yang disunting dan berterima kasih kepada dia (Jungkook) kerana datang ke konsert saya?” jelasnya.
Penjelasan Ariana itu sekaligus menjawab teka-teki peminat selama ini.it’s not. ask @AlfredoFlores ! but wow what a moment. ? WHYYY would i post an edit thanking him for coming to my show. ?— Ariana Grande (@ArianaGrande) January 15, 2020
Terdahulu, Jungkook meluangkan masa hadir ke konsert Ariana Grande bertempat di Staples Center, Los Angeles sebelum bertemu dengan penyanyi wanita itu di belakang pentas selepas konsert selesai pada 8 Mei 2019.
Tidak cukup dengan itu, Ariana juga menjadikan foto bersama Jungkook itu sebagai penghias skrin telefon pintar miliknya (lock screen wallpaper).
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/astro-winback-new_12.jpg)
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/astro-winback-new_12.jpg)
Bagaimanapun warna dan kedudukan mereka dalam foto tersebut membuatkan Jungkook seolah-olah nampak seperti disunting.
Must-Watch Video