Kenapa Nak Viral, Pertikaikan Gelaran Datuk Saya? Orang Tak Tahu Perkara Sebenar- Boy Iman

Mya Amri
Jun 19, 2017 05:48 MYT
Pelakon, Boy Iman meluahkan rasa kecewa apabila beberapa gambar yang dimuatnaik ketika menerima gelaran Datuk pada Mei lalu menjadi bahan lawak netizen.
Kata Boy Iman, dia menerima penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu dengan cara yang betul.
“Tujuan saya muatnaik foto-foto itu adalah dengan niat untuk berkongsi rasa gembira namun tak sangka pula jadi isu.
“Ramai pula yang kritik dan mempertikaikan tentang gelaran tersebut. Itulah masalahnya, kadang-kadang orang suka menilai sesuatu perkara tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
“Saya sendiri pun tak sangka sebenarnya yang foto di pintu pagar istana itu akan jadi viral.
“Sebenarnya untuk meramkamkan detik gembira itu memang saya ada membawa jurufoto peribadi namun dia tidak dibenarkan masuk untuk membidik sebarang foto.
“Peraturan istana sangat ketat, bukan sahaja foto malah telefon bimbit saya juga telah diambil dan disimpan oleh pihak istana sehingga acara selesai.
“Jadi sebaik saja selesai, saya minta jurufoto merakamkan gambar saya di luar istana. Tak kisahlah pagar istana pun pagarlah, janji saya ada simpan kenangan.
“Kemudian saya memuatnaik foto itu di Instagram pada sebelah petang. Nak dijadikan cerita, jurugambar rasmi istana ada menghubungi saya dan menawarkan foto-foto ketika majlis tersebut berlangsung.
“Saya dapat foto tersebut pada sebelah malam dan terus muatnaik untuk entri terbaru saya ketika itu.
“Namun apa yang membuatkan saya kecewa, mengapa gambar saya ketika dipagar itu yang dijadikan modal netizen untuk viralkan? Kenapa bukan foto sebenar? Itu yang saya tak boleh terima.
“Sebelum ini dah pernah viral mengenai gelaran Naning, kemudian dapat gelaran dengan cara yang betul pun jadi kontroversi juga,” jelasnya.
Datuk Boy Iman ditemui ketika sesi temubual untuk penggambaran filem Block 404 baru-baru ini.
Dalam perkembangan terbaru, filem Blok 404, telah memulakan proses penggambarannya sejak 8 Jun lalu.
Boy Iman yang bertindak sebagai penerbit memberitahu filem tersebut tidak mempunyai kaitan dengan versi telefilem yang menggunakan judul sama 14 tahun lalu.
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Pelakon #Datuk Boy Iman