Pelakon dan model jelita, Natasha Hudson berkongsi pandangannya mengenai penggunaan ‘menstrual cup’ atau cawan haid, untuk menggantikan tuala wanita sedia ada.

Nastasha menerusi posting di Instagram (IG) turut menganggap penggunaan tuala wanita juga membazirkan wang.

Selain itu, Nastasha berkata, penggunaan cawan haid boleh menyelamatkan alam sekitar. Untuk pengetahuan semua, cawan haid ini boleh dibasuh dan dipakai semula.

“Dengan memilih cawan haid ini kita mampu memelihara alam sekitar malah dapat mengelakkan pembaziran wang dengan membeli tuala wanita konvensional.

“Apa pun pilihan di tangan masing-masing,” katanya.

Pelakon berdarah kacukan ini turut menyarankan para wanita supaya mencuba cawan haid ketika datang bulan.

Katanya lagi, mungkin penggunaan cawan haid ini belum digunakan secara meluas kerana ramai wanita yang masih keliru atau tidak tahu cara menggunakannya.

“Cawan haid adalah alternatif lain untuk menggantikan tuala wanita. Tak perlu takut untuk menggunakannya kerana caranya sangat mudah dan tidak menyakitkan pun.

“Di sini saya terangkan cara untuk memakai cawan haid ini dengan betul. Kali pertama pakai mungkin tak selesa, lama-kelamaan akan biasa,” tulisnya.

Jadi wanita di luar sana, adakah anda sudah bersedia untuk menggantikan tuala wanita konvensional dengan cawan haid?

Selain menjimatkan, anda juga akan menyelamatkan alam sekitar secara tidak langsung tau!

Kredit: Instagram @natashahudsonofficial