Tidak melenting apabila ditegur selepas memuat naik hantaran video ketika sedang menerima suntikan vaksin, Fasha Sandha tenang membalas komen kepada seorang warganet.

Warganet tersebut telah meninggalkan persoalan seolah-olah mempersoalkan rakaman video yang dimuat naik Fasha di laman sosial Instagram (IG)nya dua hari lalu.

Komen yang ditinggalkan juga seperti mempertikaikan petugas barisan hadapan seolah-olah bersikap ‘pilih bulu’.

“Kenapa orang biasa tak boleh ‘snap’ gambar…Artis boleh pulak..Tu kadang-kadang ‘frontliner’ ni memanglah..Payah nak cakap,” komen warganet di Instagram yang menggunakan akaun @adzerbaijan.

Fasha kemudiannya membalas komen tersebut dan memberitahu dia meminta kebenaran sebelum merakam video dan mengambil gambar.

“@adzerbaijan tadi saya nampak ramai orang ambik video dan gambar, saya mintak izin amik gambar dan video, diaorang kata ok....

“Cuba cik mintak permission baik-baik. Lagipun tujuan ambil gambar ni bukan hanya untuk kenangan, tapi juga untuk memberikan kesedaran pada mereka supaya jangan takut pada vaksin,” komen Fasha disertai emoji hati berwarna merah.

Sementara itu di ruangan komen, ramai pengikut berkongsi pengalaman masing-masing ketika mengambil vaksin.

Kebanyakan mereka dibenarkan untuk merakam gambar atau video, namun ada juga yang hanya dibenarkan mengambil foto sahaja.

Fasha dan suaminya pelakon Aidil Aziz, telah menerima vaksin AstraZeneca (AZ) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)