“Kenapa Samakan Saya Dengan Beruk”- Noorkhiriah

Syafiqah Jalal
September 19, 2018 04:48 MYT
Pelakon Noorkhiriah terkilan apabila ada pihak yang menyamakan dirinya dengan binatang jenis beruk.
Noorkiriah juga musykil mengapa ada netizen yang sanggup memberi komen negatif tersebut.
“Terima kasih atas komen,cuma akak terkilan kenape mesti samakan beruk-akak. Banyak lagi benda lain..,” tulisnya.
Noorkhirah meluahkan rasa terkilannya itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Bagaimanapun Noorkihirah reda dengan apa yang dikatakan kerana ia membuatkan dirinya untuk memuhasabah diri.
“Tapi tak apa lah, ikut demalah. Koi malas nak fikir, bukan semua suka kita. Kita pun bukan elok sangat, maka itu juga adalah bentuk ingatan untuk akak. Kadang-kadang akak terlebih gula,gaya mcm beruk gamoknya,” tulisnya lagi
Bagaimanapun Noorkhirah telah menutup ruangan komen untuk entri tersebut.
#pelakon #Pelakon #noorkhiriah